trending_flat

Kerajaan tidak berikan subsidi kepada telur ayam import

PUTRAJAYA 13 Mac 2023 - Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa kelulusan khas sementara telah diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn. Bhd. untuk mengimport dari India sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak bulan Oktober 2022. Kebenaran tersebut turut diberi kepada syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022. Kelulusan khas sementara tersebut adalah sehingga 30 Jun tahun ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MAFS turut menjelaskan bahawa bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih dan bebas daripada segala penyakit, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk negara ini secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian […]

trending_flat

Salahuddin tinjau pematuhan peniaga di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU. 12 Mac 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah turun padang meninjau sendiri tahap pematuhan peniaga ke atas penentuan harga maksimum bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMAT) ketika sesi walkabout di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah. Pada masa yang sama beliau memantau keberadaan bekalan barang-barang perlu dan kedudukan harga semasa bagi persediaan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba. Menurut Salahuddin, menjelang sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Katanya strategi itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Langkah-langkah itu juga mencerminkan usaha berterusan bagi melindungi pengguna […]

trending_flat

Restoran Marrybrown tawarkan Menu RAHMAH

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2023 - Restoran Marrybrown yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual) utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera halal tempatan pertama yang telah melancarkan “Menu RAHMAH” di negara ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan hari ini, Menu RAHMAH itu ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH Burger Ayam atau Menu RAHMAH Nasi Kari dan disertakan dengan sebotol air minuman dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. "Hidangan tersebut boleh dibeli bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari di lebih 200 cawangan Marrybrown seluruh negara kecuali di semua cawangan Marrybrown di lapangan terbang dan juga taman tema Genting." katanya. Dalam pada itu, Menterinya Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, […]

trending_flat

Kapit terima baik inisiatif Menu Rahmah

KAPIT, 23 Februari 2023 - Masyarakat di Daerah Kapit terima baik inisiatif Menu Rahmah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini. Sehingga kini, sebanyak empat buah pengusaha kedai makanan telah menyahut seruan kerajaan tersebut seperti Nana Bakery & Cafe, Restoren Rahmat 2, Sister Kopitiam dan Selera Kampung Kak Eda. Naroden Ahmad menunjukkan bahawa menu Rahmah ada di kedai beliau. Foto : Wennie Mathew (JaPen Kapit) Menurut pemilik Nana Bakery & Cafe Naroden Ahmad, 63, kedainya menyediakan dua pilihan menu Rahmah iaitu ayam atau ikan dan sejenis sayur berharga RM5 dan mula dihidangkan dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Pemilik Restoren Rahmat 2 Bisnawati Kahar menunjukkan contoh hidang menu Rahmah di kedai beliau. Foto oleh Wennie Mathew (JaPen Kapit) Sementara itu, Bisnawati Kahar, 34, pemilik Restoran Rahmat 2 bersetuju bahawa Program Menu […]

trending_flat

MAFS Dan M-FICORD Sasar Pemodenan Sektor Agromakanan Bakal Jana Peluang Pekerjaan Tempatan

KUCHING, 21 FEBRUARI 2023 – Usaha pemodenan sektor agromakanan adalah pemangkin bagi menarik minat bakat muda menceburi bidang tersebut dan seterusnya mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan di Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin berkata demikian ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan ini adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sarawak sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember 2022. Pertemuan ini penting bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Chan turut menekankan bahawa pembangunan industri asas tani bakal menambah nilai eksport didorongi oleh usaha meneroka pasaran antarabangsa, terutamanya […]

trending_flat

AEON BiG Sambut Seruan Kerajaan Laksanakan Program Rahmah

KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 - AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini melancarkan Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Majlis pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di AEON BiG Wangsa Maju. Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan. Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah ini termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain. Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 sahaja. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, […]

trending_flat

18 premis di Pahang telah mendaftar di direktori Menu RAHMAH

17 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa berdasarkan maklumbalas daripada peniaga, inisiatif Menu RAHMAH telah dijadikan model perniagaan dan bahan promosi untuk menarik pelanggan ke premis mereka. Timbalan Menterinya Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh berkata para peniaga yang terlibat dengan inisiatif tersebut dapat meningkatkan pendapatan di mana peningkatan kuantiti jualan dapat menampung pengurangan margin dan di masa yang sama 'bersedekah' kepada mereka yang memerlukan. "Untuk rekod, sehingga 16 Februari 2022 sejumlah 18 premis telah mendaftar di direktori Menu RAHMAH dan menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan Menu RAHMAH secara sukarela di negeri Pahang. KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan aspirasi ini. KPDN turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha restoran yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu RAHMAH […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation