trending_flat

Perayaan Revitalisasi Opera “Marco Polo” Hubungan Sino-Itali di Opera House Guangzhou

GUANGZHOU, CHINA, 10 Mei 2024 (Bernama) - Pada tarikh 3 dan 4 Mei, Opera House Guangzhou menyambut hampir 200 tetamu antarabangsa untuk revitalisasi opera "Marco Polo". Opera tiga lakon ini dalam bahasa Cina menggabungkan narasi sejarah yang kaya dengan persahabatan antara China dan Itali, memberikan pengalaman budaya yang unik bagi penonton Cina dan antarabangsa. Marco Polo, penjelajah Itali terkenal abad ke-13, mendokumentasikan perjalanannya di China dalam buku "The Travels of Marco Polo", yang memicu "China Fever" pertama di Barat. Opera ini merupakan contoh kerjasama Timur-Barat yang mengintegrasikan unsur budaya Cina dan Barat secara lancar yang ditayangkan secara perdana pada tahun 2018 di tempat yang sama, produksi ini melibatkan pasukan yang pelbagai secara global, dengan penyair China, Wei Jin, sebagai penulis naskah dan Enjott Schneider, Presiden Persatuan Komposer Jerman DKV, sebagai komposer. Disutradarai oleh Kasper Holten, bekas Pengarah Opera di Royal Opera […]

trending_flat

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 pupuk nilai murni dan jati diri generasi muda

SANDAKAN, 30 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Industri Kreatif Kota Kinabalu (BAYU) berserta rakan penganjur dari pelbagai agensi menyemarakkan lagi aktiviti kesenian dan kebudayaan di Sabah bersama orang ramai dan pelancong di Tembok, Jalan Coastal, Sandakan, Sabah dalam penganjuran program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 yang berlangsung pada 30 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadan, bermula 4.00 petang sehingga 10.30 malam. Program itu merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) yang dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur iaitu Iftar@KL dan pada tahun ini merupakan tahun ke-12 penganjurannya yang telah berjaya menarik seramai 35,000 pengunjung untuk bersama-sama dalam program Iftar@KL 2024. "Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi memulihara dan mengekalkan warisan kesenian di samping usaha […]

trending_flat

Pengunjung Iftar@KL berpeluang makan berjemaah di dalam dulang

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Iftar@KL selama enam (6) hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac dan 6, 7 April 2024 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Selain JKKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Food Truck (KLFTEA) turut terlibat dalammelaksanakan program ini pada minggu seterusnya. Program semalam telah dihadiri oleh Timbalan MenteriPelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan. “Iftar@KL yang dilaksanakan oleh JKKN ini merupakan salah satu pendekatan yang positif dalam memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada masyarakat bandar dan khususnya generasi muda seperti contoh melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, program sukarelawan dan agihan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan. Penganjuran program sebegini juga merupakan tanggungjawab sosial Kementerian ini ke arah mencerminkan kerajaan […]

trending_flat

Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC

KUALA LUMPUR - Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ bakal berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”. Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai propmengambil gambar […]

trending_flat

“NIYAT”: Seni dan Sukan

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan Pameran Hanya Satu: ‘NIYAT’, bermula 25 Disember 2023 oleh Dhan Illiani, seorang pengkarya muda aktif dari kolektif seni tempatan KolmeGlu yang semakin mekar dalam industri seni negara. ‘NIYAT’ merupakan pameran yang ke-6 dalam Pameran Hanya Satu atau Single. Pameran Hanya Satu merupakan ruangan berkarya dan pelantar provokasi idea sekaligus turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pelukis kontemporari muda. ‘NIYAT’ adalah frasa daripada 'Niat' dalam Bahasa Melayu dan 'Niyyah' dalam Bahasa Arab, di mana kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat. Perkataan ini juga merupakan nama timangan pengkarya Dhan Illiani. Pengkarya menyelami respons masyarakat, memaparkan dilema dan etika yang membimbing ramai, mencipta naratif visual yang berlainan bagi setiap pengunjung. Seniman ini bukan hanya seorang seniman multidisiplin, malah merupakan seorang pemain hoki ais kebangsaan yang sedang bersiap sedia untuk ke Sukan SEA pada tahun 2025. […]

trending_flat

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021. Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam. […]

trending_flat

Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi

KUALA LUMPUR - Koleksi Seni Negara dan seniman jemputan bersatu dalam pameran seni revolusioner bertajuk "Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi". Pameran ini menggabungkan karya-karya seni terpilih dengan konsep yang memaparkan perhubungan erat antara seni, budaya, sosial, tradisi, dan ekonomi. "Palet Budaya" menghadirkan aspek-aspek penting dalam interaksi sosial melalui makanan dan medium makanan dalam masyarakat. Melibatkan komponen budaya dan komunikasi, pameran ini menggali unsur-unsur keperluan gastronomi sebagai elemen kunci dalam keterikatan sosial. Mengajak audiens melihat tentang hubungan antara makanan dan identiti individu, yang tak dapat diasingkan dari struktur sosal masyarakat. Budaya pemakanan dianggap sebagai refleksi sejarah dan identiti suatu komuniti, dan karya-karya seni menggambarkan pengalaman harian dalam asimilasi dan aliterasi budaya. Artis menonjolkan pendekatan normatif membahas hubungan gastronomi dalam interaksi sosial, jaringan ekonomi, fokus pada peraturan, cara hidup, nilai-nilai, dan kemandirian masyarakat. Melalui karya-karya mereka, pameran ini menjadi refleksi pengalaman […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation