trending_flat

UM perkasa pendidikan halal dalam kalangan mualaf

Halal merujuk kepada segala sesuatu yang dibenarkan atau diizinkan menurut ajaran agama Islam. Istilah halal sering digunakan terutamanya dalam konteks makanan dan minuman, di mana ia merujuk kepada produk-produk makanan dan minuman yang telah mendapat pengiktirafan halal dari pihak berwajib. Pengiktirafan ini menjamin bahawa produk tersebut mematuhi piawaian halal, bersih, dan selamat untuk digunakan. Konsep halal tidak terhad kepada makanan dan minuman sahaja, tetapi juga boleh diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan lain, termasuk pendapatan dan hubungan sosial. Dalam konteks ini, halal merangkumi segala sesuatu yang selaras dengan ajaran Islam dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama tersebut. Bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh dalam ilmu halal, pendidikan mengenai hal ini perlu disampaikan secara efektif dan berterusan kepada semua segmen masyarakat, termasuklah golongan mualaf. Atas semangat inilah sekumpulan pelajar tahun kedua Sarjana Muda Syariah, dengan pengkhususan dalam Fiqh dan Usul dari Akademi Pengajian […]

trending_flat

Fikirkan naturalisasi untuk ragbi

Oleh Dr Mohd Firdaus Abdullah Baru-baru ini, bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia, saya berkesempatan menonton perlawanan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 antara pasukan Malaysia menentang Hong Kong. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia tewas dengan keputusan 70 berbalas 6 kepada pasukan yang berada di ranking ke-24 dunia itu. Dr Mohd Firdaus Abdullah Namun, saya yakin pasukan Malaysia, atau dikenali sebagai Bunga Raya, yang berada di kedudukan ranking ke-47 dunia ini mampu memberikan persembahan yang lebih baik sekiranya mempunyai program dan perancangan yang strategik. Salah satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan adalah melalui program naturalisasi, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pasukan ragbi Hong Kong. Walaupun saya akui terdapat kemungkinan inisiatif sebegini akan menimbulkan perdebatan, pendekatan ini sebenarnya dapat memberikan peningkatan serta-merta dari aspek kemahiran, pendedahan antarabangsa, dan kelebihan daya saing, kepada pasukan ragbi kebangsaan. Dan peningkatan ini sudah pun berjaya dibuktikan di dalam sebuah […]

trending_flat

Impak subsidi diesel bersasar kepada ekonomi masih terlalu awal untuk dilihat

Oleh: Dr. Safiah Omar Pelbagai reaksi diterima dari pelbagai pihak mengenai keputusan Kerajaan dalam menukar pelan subsidi diesel kepada sasaran pengguna yang layak. Ada pihak mengatakan perkara ini boleh menyebabkan kenaikan harga barang keperluan seperti komoditi di masa hadapan. Ada juga yang memberikan reaksi positif dengan memberi jangkaan pertambahan kemasukan pelaburan asing kerana penyasaran subsidi ini membuktikan komitmen negara dalam usaha membaik pulih keadaan ekonomi negara. Dr. Safiah Omar Namun perkara ini masih baru dan kesan kepada ekonomi negara masih lagi tidak dapat dilihat secara tepat. Pandangan dari sudut kitaran kewangan ekonomi sesebuah negara, faktor kenaikan ekonomi terhasil dari rantaian perbelanjaan dan pendapatan pengguna. Peningkatan transaksi perbelanjaan dan pendapatan ini pula bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi termasuk kadar cukai, faedah simpanan, keadaan permintaan dan kesediaan pasaran, dan ketersediaan pakej rangsangan perbelanjaan. Secara am, kadar perbelanjaan penduduk dalam negara bergantung kepada […]

trending_flat

Sambutan Hari Raya Aidiladha & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Imej barisan jemaah Haji ibarat kapas putih mengelilingi Kaabah sering dipaparkan di media konvensional dan media sosial seluruh dunia apabila tiba sambutan Hari Raya Aidiladha dan bagi umat Islam, perkataan yang seiring dengan imej ini adalah kekuatan dan perpaduan. Pada tahun ini, dilaporkan bahawa sejumlah 1,833,164 orang umat Islam berada di Tanah Suci Mekah dimana sekitar 88% daripada jumlah ini adalah jemaah yang datang daripada luar Arab Saudi dan selebihnya adalah jemaah Haji tempatan. Bagi rakyat Malaysia yang sudah biasa hidup aman damai di kalangan masayarakat pelbagai kaum, pergaulan sesama jemaah Haji berbilang bangsa dan negara di Tanah Suci adalah suatu kebiasaan dan sifat toleransi dan adab sopan rakyat Malaysia sememangnya menjadi pujian Kerajaan Arab Saudi dan rakyat tempatan di sana. Baru-baru ini juga tular laporan oleh Indeks Keamanan Dunia 2024 yang menyenaraikan Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai negara paling […]

trending_flat

Tanggapan ‘childfree’ tidak Islami

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin Jika ada satu gelombang yang boleh menggambarkan perubahan gaya hidup mereka yang digelar sebagai Millennials dan Gen Z kini, maka salah satunya ialah tren tidak mahu memiliki anak, atau dalam istilah yang popular, ‘childfree’. Namun, perlu dibezakan keinginan tidak mahu memiliki anak (termasuk mengambil anak angkat) dengan tidak ada upaya untuk melahirkan dan mendapatkan anak (childless). Sebagai gaya hidup, ‘childfree’ merupakan satu pilihan yang sengaja dibuat. Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin Sebuah laman komuniti di Reddit dinamakan sebagai Childfree yang mengumpulkan kelompok yang tidak mahukan anak. “Do not ever want children”, itu deskripsi di web bagi menerangkan tujuan komuniti yang dianggotai 1.5 juta ahli ini diwujudkan. Di dalamnya terhimpun luahan penyokong ‘childfree’ dari alasan tidak mahu beranak untuk mengurangkan populasi dunia sehinggalah rasa syukur kerana dapat tidur dengan […]

trending_flat

Hargailah keringatnya

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam institusi keluarga, bapa memainkan peranan yang penting. Ibaratnya bapa merupakan nakhoda yang mengemudi bahtera sebuah rumahtangga di samudera institusi keluarga. Dalam rumahtangga, kehadiran sosok seorang bapa sangat penting di samping seorang ibu. Bapa bertanggungjawab memastikan segala keperluan rumahtangga terpenuhi dan berjalan lancar. Bapa juga bertindak sebagai pelindung dan pemberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Di samping itu, bapa adalah individu yang berperanan dalam membentuk keteguhan dan kestabilan jiwa anak-anak. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Peranan bapa disebut jelas dalam hadis Nabi SAW. Dari Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin, seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya, seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis tersebut, bapa berperanan penting dan bertanggungjawab […]

trending_flat

Hati-hati berkorban, jangan sampai terkorban

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Salah satu ibadah yang paling penting dalam sambutan ini adalah ibadah korban, yang berlangsung dari 10 hingga 13 Zulhijjah. Ibadah ini bukan sahaja merupakan pengorbanan haiwan atau pesta daging segar semata-mata tetapi juga satu amalan yang mendalam maknanya bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam perspektif hukum Islam, hukum asal dalam ibadat korban adalah sunat mu’akkad, iaitu sangat dituntut bagi orang yang berkemampuan, tetapi jika ditinggalkan tanpa sebarang uzur, hukumnya tidak berdosa. Dalam al-Quran, surah al-Kauthar ayat 2, Allah SWT telah berfirman: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). Jika disorot dalam sejarah Islam yang panjang, amalan korban berlaku sejak awal lagi ketika menyelesaikan konflik […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation