trending_flat

Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Acara Pemecut Keusahawanan Wanita Unga78, Menandakan Pencapaian Ulang Tahun Keempat

NEW YORK, 14 Sept (Bernama) -- Selaras dengan sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) dengan bangganya mengumumkan acara penting bertujuan mengetengahkan jurang yang mendesak dalam pembiayaan bagi perniagaan diterajui wanita. Inisiatif ini ialah usaha kerjasama dengan WEA-agensi PBB yang mengambil bahagian, Mary Kay Global, Yildiz Holding dan Inisiatif Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) negara Women20 (W20). “Modal Terangkum (Inclusive Capital): Memperkasa Usahawan Wanita pada Skala Global”Bilik Persidangan 2 (Conference Room 2), Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Headquarters), NYCHari Khamis, 21 September 2023. Masa: 6:00 petang – 8:00 malam ETDaftar di sini Acara tersebut menyasarkan untuk memupuk dialog antara pihak berkepentingan dalam ekosistem keusahawanan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang cabaran kewangan yang dihadapi oleh usahawan wanita, kepentingan pelaburan terangkum dan keperluan untuk entiti institusi dan korporat menerima pakai perspektif terangkum jantina dalam proses […]

trending_flat

ZULINDA WANITA PERTAMA DILANTIK SEBAGAI LAKSAMANA PERTAMA MARITIM

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah sejak penubuhannya apabila seorang pegawai kanan iaitu Kepten Maritim Zulinda Haji Ramly menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim di sini hari ini. Zulinda, 46, merupakan antara 9 orang pegawai Maritim Malaysia yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim. Memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas yang melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air dan juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19. Ibu kepada empat cahaya mata ini […]

trending_flat

LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak rintis kerjasama saringan kanser serviks

LUNDU, 29 Januari 2023 – LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah merintis kerjasama bagi melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA bagi tujuan pengesanan awal kanser serviks. Program kerjasama ini akan dilaksanakan sepanjang tahun ini sebagai kesinambungan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita atau WCaRe. Menurut LPPKN dalam satu kenyataan semalam, tujuan utama pelaksanaan kempen WCaRe adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terutamanya wanita terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser serviks dan kanser payudara supaya langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai dapat dilaksanakan sewajarnya untuk mereka yang memerlukan. "Wanita berumur 30 tahun dan ke atas adalah kumpulan yang paling berisiko mendapat kanser serviks. Ujian HPV DNA yang dilaksanakan oleh LPPKN menggunapakai kaedah yang membolehkan wanita mengambil sampel sendiri menggunakan Kit Ujian HPV DNA yang akan dibekalkan," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dalam […]

trending_flat

[Galeri] Pertandingan Fitness Drummin’ 2022 peringkat akhir

SUBANG PARADE, 26 November 2022 - Rangkuman Pertandingan Fitness Drummin' 2022 peringkat akhir yang berlangsung di sini hari ini. Program dirasmikan oleh Presiden Yayasan Sukan Dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM), Puan Sri Datuk Prof. Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil. Artikel temubual bersama Puan Sri Sabrina akan menyusul. Jurufoto / Wartawan : Azuddin Lagi Berita Gaya Hidup : Gaya HidupMY LNA Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 26, 2022 Gaya HidupMY LNA Shopee Membawa Kemeriahan Fiesta Bola Sepak Kepada Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 25, 2022 FesyenGaya HidupMY LNASeni dan Budaya MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO By Azmi SallehNovember 23, 2022

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation