trending_flat

KPKT Wujudkan ‘Taskforce’ Mencari Penyelesaian Terbaik Bagi 381 Projek Perumahan Swasta ‘Sakit’

KUALA LUMPUR, 30 DISEMBER 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan satu ‘taskforce’ untuk mencari penyelesaian 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan memandang serius terhadap projek-projek perumahan kategori sakit atau terbengkalai. Beliau berkata pembangunan perumahan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana ekonomi negara di mana hampir 200 industri terlibat. Justeru, KPKT berharap industri perumahan akan terus berkembang maju pada tahun 2023 dan KPKT akan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti tinggi supaya rakyat dapat memiliki rumah yang selesa dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Menurut statistik KPKT, bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri, KPKT akan membina sejumlah 83,728 rumah di bawah Rancangan Malaysia Ke12, di mana 22,209 rumah telah siap dibina, […]

trending_flat

Menteri KPKT terima kunjungan hormat Datuk Bandar KL

PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 - Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (KM) menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah di pejabat beliau semalam. Menurut KM dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, KPKT sebagai pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas PBT termasuk DBKL, mengalu-alukan kedatangan rombongan beliau dan menghargai usaha gigih DBKL utk terus membangunkan ibu kota. "Kami berbincang secara konstruktif tentang bagaimana ibu kota negara Kuala Lumpur dapat terus menjadi kebanggaan warga kota secara khas dan rakyat Malaysia secara umumnya." kata KM. Antara 5 perkara yang saya bangkitkan kepada Datuk Bandar KL termasuk : 1. Mesyuarat Tetap Bulanan di antara Datuk Bandar dan Ahli-ahli Parlimen "Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dan rakyat marhaen. Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang […]

trending_flat

PBT DIGESA LIPAT GANDA SELENGGARA PARIT DAN PEMBERSIHAN UNTUK MENEBAT BANJIR KILAT KETIKA MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 19 Disember 2022 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara hari ini untuk melipat gandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda. Menteri KPKT YB Tuan Nga Kor Ming (KM) berkata, "Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan.” "Semua PBT digesa untuk memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.” "Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masingmasing, " kata YB KM lagi. Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hingga 21 Disember 2022 ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation