trending_flat

Fadillah tiba di Jakarta

JAKARTA, 4 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah selamat tiba di Jakarta. Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau mulai hari ini hingga 6 September 2024. Beliau hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Kredit : FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof  "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan menyampaikan ucaptama di ISF 2024 bagi menzahirkan pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau. Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024. Ia juga […]

trending_flat

Harga runcit RON97 dan Diesel turun lagi

PUTRAJAYA, 4 September 2024 - Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 2 sen kepada RM3.40 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.16 seliter bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. Tambahnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024 adalah ditetapkan seperti berikut: (i) harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 2 sen kepada paras RM3.40 seliter; (ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 2 sen kepada paras RM3.16 seliter; dan […]

trending_flat

Dato’ Sri Suriani beri Sumbangan Besar kepada KUSKOP, bantu PMKS dan Koperasi – Ewon

PUTRAJAYA, 4 September - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad telah memberikan sumbangan besar kepada kementerian itu dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Pertemuan Ewon dan Suriani di pejabatnya hari ini Ewon berkata, ia dapat dilihat berdasarkan pencapaian prestasi PMKS dan koperasi yang telah melonjak lebih baik selain prestasi pelaksanaan program dan projek pembangunan yang sentiasa mengatasi purata nasional. “Beliau (Dato’ Sri Suriani) juga memudahcarakan pelaksanaan fokus-fokus tambahan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak seperti projek Tamu Desa, pembukaan cawangan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), pengwujudan BEEP Plus untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, sesi libat urus khas belanjawan Borneo serta pelbagai inisiatif agensiagensi KUSKOP selain daripada fokus sedia ada di seluruh negara. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan beliau dan saya amat […]

trending_flat

Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 4 September 2024 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Gabungan Pertubuhan Cina (Huazong) dan Gabungan NGO-NGO India Malaysia (i25) telah menganjurkan Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024. Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Puan Saraswathy Kandasami, pada 4 September 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Poster Dialog Perlembagaan Penganjuran dialog tersebut merupakan langkah penting dalam memberi pendedahan yang komprehensif mengenai Perlembagaan Persekutuan serta meningkatkan kematangan masyarakat dalam menangani isu-isu berkaitan perlembagaan. “Dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu,diharapkan kita akan lebih berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dapat lebih menghargai dan menghormati golongan masyarakat yang berlainan bangsa, agama dan budaya daripada kita”. kata Saraswathy dalam ucapannya. Beliau turut menyeru agar semua pihak mengamalkan apa yang dihasratkan […]

trending_flat

Tuntutan palsu Perkeso : KKM tidak akan teragak-agak ambil tindakan.

PUTRAJAYA, 4 September 2024 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, KKM berkata bahawa pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan. "Di samping itu, Kementerian ini ingin menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakanyang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik." tegas KKM. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan […]

trending_flat

Legacy Bekerjasama dengan Empat Syarikat untuk Penyenaraian di Pasaran U.S.

Firma Malaysia Teroka Pengembangan Pasaran U.S. melalui Tawaran Awam Permulaan KUALA LUMPUR, 04 September  2024 – Legacy Corporate Advisory Sdn. Bhd. ("Legacy" atau "Syarikat"),sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang mengkhusus dalam Tawaran Awam Permulaan (“IPO”), perancangan kewangan dan penyelesaian pembiayaan, dengan sukacitanya mengumumkan majlis menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat yang merupakan Neutral Transmission Malaysia Sdn. Bhd., I Bella Sdn. Bhd., Kumpulan Autoplay Sdn. Bhd. dan AE Carbon Capital Ltd. untuk penyenaraian di Amerika Syarikat (“U.S.”). Penglibatan ini menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam mengejar Penyenaraian U.S., yang difasilitasi oleh Legacy sebagai perunding IPO. Legacy menyediakan perkhidmatan nasihat IPO yang komprehensif, termasuk pelaburan pra-IPO, pembiayaan IPO dan nasihat korporat.  Legacy bertujuan untuk membimbing syarikat-syarikat ini dalam melaksanakan Penyenaraian A.S. dengan keseluruhan proses penyenaraian dijangka mengambil masa antara 12 bulan hingga 18 bulan.  Perkhidmatan termasuk menyelia struktur modal, menyelaraskan proses penyenaraian, dan membangunkan strategi pasaran modal terperinci. Majlis menandatangani perjanjian ini menyerlahkan komitmen Legacy untuk […]

trending_flat

Mungkin metanol jawapannya

Oleh: Dr Azman Ma’mor Bahan bakar konvensional seperti petrol dan diesel yang digunakan dalam kenderaan menyumbang kepada pemanasan global disebabkan oleh pelepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. Oleh itu, bahan bakar alternatif amat diperlukan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana kesan pemanasan global dan kemusnahan alam sekitar semakin dirasai. Metanol merupakan salah satu bahan bakar yang berpotensi, kerana sebatian hidrokarbon ini hanya mengandungi satu atom karbon tetapi lebih banyak atom hidrogen berbanding sumber tenaga lain. Metanol boleh dihasilkan dari pelbagai sumber seperti gas asli, arang, dan biojisim. Karbon dioksida, yang merupakan punca kesan rumah hijau, juga boleh digunakan untuk penghasilan metanol. Teknik ini melibatkan pembakaran karbon dioksida dan hidrogen pada suhu tinggi dengan menggunakan mangkin tertentu untuk menghasilkan metanol. Metanol adalah cecair tanpa warna, mudah tersejat, dan mudah meruap. Ia mempunyai komposisi oksigen melebihi 50%, jauh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation