trending_flat

Malaysia bersedia lancarkan semula rundingan MEUFTA

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Malaysia bersedia dalam melancarkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), tertakluk kepada persetujuan EU. Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Instri (MITI), ketersediaan itu adalah berdasarkan potensi manfaat yang tinggi kepada perniagaan dan rakyat Malaysia, serta bagi menjamin rantaian bekalan global dalam sektor utama. "MITI telah memulakan penilaian awal (scoping exercise) pada September 2023 untuk melihat semula langkah-langkah yang perlu diambil agar Malaysia dan EU dapat merapatkan jurang perbezaan antarapendirian masing-masing berdasarkan rundingan terdahulu. Keputusan daripada kajian awal tersebut telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu. Sebelum ini, rundingan telah dihentikan selama 12 tahun dan walaupun masih terdapat perbezaan dalam beberapa isu, MITI akan berusaha memastikan draf teks Perjanjian ini akan melindungi kepentingan Malaysia dan boleh diterima oleh kedua dua pihak." kata MITI. MEUFTA dijangka akan meningkatkan eksport Malaysia bagi produk […]

trending_flat

Fadillah kongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC)

JAKARTA, 5 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Haji Yusofย telah menyampaikan Ucaptama di Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia (ISF) 2024 yang pembukaannya telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Bapak Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia. ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ : ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ผ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€, ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan keperluan kerjasama serantau dalam menangani perubahan iklim โ€” isu yang melangkaui sempadan dan memberi kesan kepada semua aspek ekonomi dan masyarakat. "Saya berkongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC), rangka kerja yang meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kemampanan tenaga. Inisiatif seperti Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu integrasi dan daya tahan tenaga serantau sambil mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Malaysia komited kepada sasaran 70% tenaga boleh baharu menerusi campuran penjanaan […]

trending_flat

KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Ketua Setiausaha Negara (KSN), ย Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk. Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN), ย Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar "Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Datoโ€™ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah." kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau. Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah […]

trending_flat

RMK13 : Kementerian Ekonomi akan melancarkan jelajah โ€˜Madani Mendengarโ€™

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kerajaan menganjurkan Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang merupakan kesinambungan kepada perancangan RMK-12 pada hari ini. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan ketara daripada pergantungan kepada getah dan bijih timah semasa pasca kemerdekaan, namun transformasi lanjut diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing dandaya tahan dalam dunia yang semakin mencabar. "Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi radikal, berani dan transformatif yang akan memperkukuh asas ekonomi negara, memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan potensi besar rantau ASEAN. Dengan ASEAN dijangka menjadi pasaran pengguna keempat terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, adalah penting bagi kita untuk merebut peluang ini bagi mempertingkat dayasaing, memacu pertumbuhan mampan, dan menjamin masa depan yang makmur untuk semua rakyat Malaysia." katanya. RMK13 akan menjadi dokumen […]

trending_flat

Penyelidikan asas atau gunaan?

Oleh: Dr. Muhammad Faisal Khyasudeen Persoalan mengenai keutamaan di antara penyelidikan asas (fundamental research) dan penyelidikan gunaan (applied research) adalah isu yang sering dibangkitkan oleh orang awam, terutamanya apabila melibatkan penggunaan dana awam yang besar di universiti-universiti. Ramai yang bertanya, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk melaburkan begitu banyak wang dalam penyelidikan universiti jika hasilnya sukar untuk dilihat secara langsung oleh masyarakat? Apakah manfaat sebenar dari pelaburan ini, dan bagaimana ia memberi pulangan kepada negara? Penyelidikan asas dan gunaan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam meainkan peranan memajukan negara (National Cancer Institute - Unsplash) Persepsi Orang Awam Terhadap Penyelidikan di Universiti Tidak dapat dinafikan, terdapat pandangan umum yang skeptis terhadap penyelidikan di universiti. Ramai yang menganggap bahawa penyelidikan di universiti lebih kepada memenuhi keperluan akademik dan kenaikan pangkat, berbanding menghasilkan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk masyarakat. Pandangan ini berasas daripada persepsi bahawa […]

trending_flat

Penangkapan pendatang tanpa izin di perairan Filipina : MOTAC mulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius berkenaan penahanan warganegara China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September 2024. Menurut laporan awal, tangkapan oleh pihak berkuasa Kerajaan Filipina terdiri daripada 8 warga China dan 3 warga Malaysia. "Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. Laporan awal menyatakan pelancong tersebut telah ke lautan Malaysia bagi tujuan memancing dan telah memasuki lautan Filipina akibat cuaca buruk. MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan. Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit." kata MOTAC. MOTAC turut memberikan peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara […]

trending_flat

Integrated Power Services Memperoleh Aset Perniagaan ABB Industrial Services

Pemerolehan Menambah Pusat Servis Motor Elektrik, Penjana, Mekanikal, Peralatan Suis dan Pemutus Litar kepada Rangkaian Amerika Utara IPS yang Berkembang GREENVILLE, Carolina Selatan, Sept. 05, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) โ€” Integrated Power Services (IPS), peneraju Amerika Utara dalam menservis, kejuruteraan dan pengilangan semula sistem pengurusan elektrik, mekanikal dan kuasa telah memuktamadkan pemerolehan perniagaan ABB Industrial Services, berkuat kuasa pada 31 Ogos 2024. Dengan lokasi di Arizona, Indiana, Carolina Utara, Alberta dan Ontario, ABB Industrial Services menyediakan keupayaan pembaikan dan servis medan berkualiti tinggi untuk motor elektrik sehingga 50,000 HP dan peralatan suis voltan rendah dan sederhana daripada 480V sehingga 15kV. Pusat servis ini juga melakukan pembaikan peralatan berputar pam, pemampat, peniup, bearing, kotak gear dan alur pemacu perlombongan OHV. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IPS, John Zuleger โ€œPemerolehan ini akan membenarkan IPS menambah lokasi di mana pelanggan telah menggesa kami untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–