Tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, tangani kesulitan pengunjung wanita
PULAU PINANG, 6 September 2024 - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah merasmikan tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, sebagai salah satu langkah mempertingkatkan kemudahan di masjid tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat danpelancong asing. Menurut Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu siaran media hari ini, pembinaan gazebo itu adalah untuk menangani masalah keterbatasan ruang dan kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung, terutama kaum wanita. "Gazebo baharu ini menyediakan ruang yang lebih selesa untuk berehat, menyusukan anak, dan menjalankan pelbagai urusan lain dalam suasana yang tenang. Untuk makluman, Masjid Bukit Bendera ini merupakan salah satu masjid tertua di Parlimen Bukit Bendera, dibina pada tahun 1966, dan telah digazet sebagai Masjid Pelancongan. Selain menjadi pusat ibadah, masjid ini juga merupakan salah satu tarikan di Bukit Bendera, menerima kehadiran ramai pengunjung setiap hari, baik daripada kalangan penduduk tempatan mahupun […]