Catatan Mengenai Isu DNS
Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri? Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Kredit Foto : Parlimen Malaysia Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam. Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini. Dengan feedback […]