Reformasi Perkhidmatan Awam
Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Dalam amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazribakr, kelmarin beliau menegaskan cabaran yang dihadapi adalah isu integriti - kewujudan 'Napoleon Kecil', karenah birokrasi, dan mentaliti silo kerana rasa 'berkuasa & superior' yang menjadi hambatan kepada usaha menuju reformasi. Beliau turut menggariskan agenda BKR - Bidang Keberhasilan Reformasi. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Kredit Foto Halaman X KSN Ia membabitkan penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan & Memperkasa Sinergi Awam & Swasta. Bagi kita reformasi perkhidmatan awam ini amat penting kerana mereka adalah nadi kepada pelaksanaan agenda Reformasi. Berbaki tempoh 3 tahun ini, kita mahu melihat hasil penting jangka pendek dari BKR ini. Tiada lagi struktur Napoleon Kecil, perasaan segolongan 'lebih superior' sebaliknya dasar dan pelaksanaannya harus bersifat inklusif dan kebersamaan […]