trending_flat

ENCORP BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG EDAR 1,000 JALUR GEMILANG DI TELUK CEMPEDAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin bersama ENCORP mengedarkan bendera kepada pemandu kenderaan di Teluk Cempedak TELUK CEMPEDAK, 18 Sept (Bernama) -- Encorp Berhad (ENCORP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pemandu kenderaan dan pengunjung di sekitar Teluk Cempedak pada 14 September 2024. Program Cahaya Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang turut melibatkan kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan serta wakil daripada Komuniti Madani Daerah Kuantan. Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Ketua Penolong Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana binti Ismail diiringi bersama Ketua Jabatan Teknologi & Digital ENCORP, Ts. Mat Akher bin Hassan.Edaran 1,000 Jalur Gemilang ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta […]

trending_flat

GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN

Oleh: Sharina Mohd Salleh, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Pada era globalisasi ini, gadget merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Gadget seperti telefon pintar, komputer tablet, dan komputer riba telah mengubah cara kita berkomunikasi, bekerja, dan mendapatkan maklumat. Bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mempunyai gadjet milik mereka sendiri sejak dari bangku sekolah. Imej anak-anak bermain dengan gadjet sewaktu makan seringkali dilihat di kedai makan mahupun di rumah. Penggunaan gadjet dengan betul mampu memberikan pelbagai manfaat kepada seseorang individu. Salah satu manfaat terbesar gadget adalah memberikan akses informasi tanpa batas dengan cepat dan mudah hanya dengan menekan butang "Cari". Sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan, gadget merupakan watak utama yang memainkan peranan menjadi pengantara bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama pengajar. Gadget juga memberi pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan kreatif. Terdapat pelbagai aplikasi dan platform pembelajaran […]

trending_flat

Zurich Malaysia Lancar Savings Booster: Menawarkan Manfaat Kematangan Berganda Menerusi Kombinasi Zurich Prestige Cover

KUALA LUMPUR, 18 September 2024 – Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) dengan bangganya memperkenalkan Savings Booster, pelan manfaat tambahan (rider) simpanan yang direka khusus untuk individu yang mahukan keselamatan kewangan dengan gabungan unik bagi meningkatkan simpanan dan perlindungan. Rider ini merupakan pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia yang sedang berusaha membina masa depan untuk diri sendiri dan insan yang dikasihi. Apabila digabungkan dengan Zurich Prestige Cover, ia menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai dengan pelbagai manfaat, termasuk ciri jaminan kematangan berganda yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia. Perancangan kewangan boleh menjadi satu tugas yang mencabar, terutamanya apabila berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan. Dengan pelbagai produk kewangan yang ditawarkan, ramai merasa terbeban dan tidak pasti jika pilihan mereka adalah tepat. Inilah kelebihan Savings Booster yang menawarkan jaminan pulangan tunai tetap dan jaminan tempoh kematangan, bagi membantu individu menyesuaikan strategi simpanan mereka seiring […]

trending_flat

Perpaduan melalui Seni Budaya perkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum

PUTRAJAYA, 18 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menurut MOTAC, program itu akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam. "Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, sambil mengetengahkan seni dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik." kata MOTAC. Program yang menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun tersebut diteruskan atas saranan YAB Perdana Menteri untuk menjadikannya sebuah program tahunan/ signature program kerana berpotensi untuk menarik kemasukan pelancong asing. […]

trending_flat

Usah dipenjarakan jiwa dan mindamu merdeka ini

Oleh: Rusli Abdul Roni Merdekakan jiwamu dengan membebaskan hati dan minda dari belenggu dan penjajahan dari anasir luar yang melemahkan (Putra Mahirudin - Unsplash) Setiap kali bulan Ogos dan September tiba, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya terkenang kembali sejarah panjang perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan. Hari Kebangsaan disambut dengan pelbagai aktiviti patriotik yang penuh semangat—dari kibaran Jalur Gemilang di setiap penjuru negara hingga perarakan megah yang dihadiri oleh pemimpin negara, rakyat jelata, bahkan tetamu antarabangsa. Namun, hakikat kemerdekaan itu tentunya lebih mendalam daripada sekadar acara perayaan tahunan. Persoalan utama yang perlu kita renungi ialah, sejauh mana kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar? Adakah kita hanya merdeka secara fizikal, politik, ekonomi, sosial, dan budaya, atau masih ada ruang di mana jiwa dan minda kita terbelenggu? Sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, rakyat telah disatukan oleh […]

trending_flat

MASA DEPAN KERJAYA MAHASISWA: MENERAPKAN KEPENTINGAN UPSKILLING DAN RESKILLING DALAM ERA DIGITAL

oleh: Nik Amalena Najebah Nik Azman, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional. Dalam era digital yang serba pantas, pasaran kerja global mengalami perubahan yang drastik. Teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), dan Internet of Things (IoT) telah mengubah keperluan kemahiran dalam pelbagai industri. Bagi mahasiswa yang bakal menghadapi alam pekerjaan, perubahan ini menuntut mereka untuk bersedia bukan sahaja dengan kemahiran asas dalam bidang pengajian khusus mereka, tetapi juga dengan kemahiran tambahan yang relevan untuk kekal kompetitif di pasaran kerja. Upskilling (peningkatan kemahiran) dan Reskilling (pemahiran semula) telah menjadi strategi penting dalam memastikan mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan cabaran ini dan berjaya dalam kerjaya mereka. Apa itu Upskilling dan Reskilling? Upskilling (peningkatan kemahiran) merujuk kepada proses meningkatkan kemahiran sedia ada untuk memenuhi keperluan baru akibat perkembangan teknologi atau perubahan dalam bidang pekerjaan. Sebagai contoh, mahasiswa dalam bidang perakaunan mungkin perlu menguasai perisian […]

trending_flat

11x Mendapat Pembiayaan Siri A $24 Juta Diketuai oleh Benchmark untuk Mencipta Masa Depan Kerja Digital

Pelaburan untuk Mempercepatkan Pembangunan Pekerja Digital Dikuasakan AI dan Meluaskan Jejak Global SAN FRANCISCO, Sept. 17, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — 11x, perintis pemula AI yang mengubah tenaga kerja moden dengan pekerja digital autonomi, mengumumkan penutupan pusingan pembiayaan Siri A $24 juta hari ini. Pusingan itu diketuai oleh Benchmark, dengan penyertaan daripada Quiet Capital, SV Angel, Abstract Ventures, Lux Capital, Operator Partners, Visionaries, Activant, HubSpot Ventures, Projek A, 20VC, 20Growth dan 20Sales. Diasaskan pada 2022 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hasan Sukkar, 11x memudahkan operasi Pergi-ke-Pasaran (GTM) dengan pekerja digital dikuasakan AI, membolehkan pasukan menumpukan pada kerja strategik. “Kami tidak menyasarkan perbelanjaan SaaS; kami menyasarkan belanjawan pengambilan pekerja. Kami menjalankan perniagaan menjual kerja,” kata Guillaume Roux-Romestaing, Ketua Perkongsian di 11x. Menangani Cabaran GTM Sepanjang dua dekad yang lalu, landskap alatan GTM telah menjadi semakin berpecah-belah. Proliferasi perisian khusus—daripada sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM) dan platform […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation