trending_flat

Persidangan Arceo 2024 Diadakan di Indonesia: Mencapai Kelestarian Melalui Inovasi Digital

Bandung, Indonesia, 9 Sept 2024  (Bernama) - Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (Persidangan ARCEO) ke-44 telah diadakan dengan jayanya di Bandung, Indonesia, dari 2-5 September, 2024. Dengan bertemakan "Memacukan Kelestarian dengan Inovasi Digital," Persidangan ARCEO tahun ini memberi tumpuan kepada kelestarian dan pembangunan kereta api yang mesra alam yang disokong oleh transformasi digital di dalam aspek keselamatan dan perkhidmatan.Mewakili Indonesia, PT Kereta Api Indonesia (Persero) (KAI) telah dilantik sebagai jawatankuasa penganjur untuk Persidangan ARCEO itu, yang dihadiri oleh tujuh lagi pengendali kereta api ASEAN termasuk Keretapi Tanah Melayu (Malaysia), Vietnam Railways (Vietnam), Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan (Kemboja), Lao National Railways (Laos), Philippine National Railways (Filipina), Myanma Railways (Myanmar) dan State Railway of Thailand (Thailand).Dalam ucapan beliau, Menteri Pengangkutan bagi Republik Indonesia Budi Karya Sumadi menekankan bahawa Indonesia pada masa ini mengalami pertumbuhan yang ketara di dalam sektor kereta api […]

trending_flat

Industri biojisim perlukan peneraju khusus

Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Berdasarkan data terkini daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Malaysia kini berupaya menghasilkan lebih 450 MW tenaga daripada biojisim. Sungguh pun kedengaran besar jumlahnya, ini hanyalah berkadaran dengan 1.2% daripada tenaga elektrik yang dijana di Malaysia dan penggunaan tenaga biojisim ini telah berjaya mengurangkan pelepasan hampir 400 Gigagram karbon dioksida (CO₂) berkadaran ke udara. Malaysia mampu mendepani industri biojisim masa hadapan, berbekalkan pengalaman bersama sektor komoditi kelapa sawit (Wikimedia Commons) Baru-baru ini juga kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi telah memperkenalkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030. Ini mengukuhkan lagi kedudukan biojisim sebagai sumber yang mampan untuk penjanaan produk berasaskan bio baharu seperti biotenaga, biobahan dan baja bio. Setakat ini, China dan Brazil mendominasi penjanaan biotenaga menggunakan biojisim di peringkat global. Walaubagaimanapun, sumber biojisim yang digunakan mereka adalah amat berlainan dengan negara kita. Di […]

trending_flat

Arab Saudi: Model Sempurna untuk Pelancongan Wanita dan Umrah Selamat

Dengan peningkatan perjalanan solo di kalangan wanita, ramai yang menghadapi cabaran ketika melancong seorang diri ke negara tertentu. Namun, beberapa destinasi kini menetapkan piawaian global dalam aspek keselamatan dan perlindungan untuk pelancong wanita solo. Salah satu daripadanya ialah Arab Saudi, yang telah membuat usaha luar biasa untuk mempromosikan negara tersebut sebagai destinasi ideal untuk “pelancongan selamat bagi wanita.” Satu sorotan penting adalah pengiktirafan Madinah, yang pada tahun 2022 dinobatkan sebagai bandar paling selamat di dunia bagi pelancong wanita solo oleh InsureMyTrip, untuk tahun ketiga berturut-turut, mengatasi banyak bandar terkenal dunia. Pelancong wanita di tapak perkemahan yang terletak di Al Ula Bagi wanita Malaysia, ramai di antara mereka yang gemar melancong secara solo, Arab Saudi menawarkan pengalaman yang lancar. Kementerian Pelancongan Arab Saudi telah memasukkan Malaysia sebagai salah satu daripada 67 negara yang rakyatnya boleh memperoleh visa lawatan elektronik dengan mudah […]

trending_flat

Catatan Mengenai Isu DNS

Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri? Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Kredit Foto : Parlimen Malaysia Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam. Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini. Dengan feedback […]

trending_flat

Penghalaan Pengurusan DNS : Fahmi minta MCMC tidak teruskan

8 September 2024 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS). Kata Fahmi menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta daripada khalayak umum. "Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus @MCMC_RASMI serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS)." ujar Fahmi. Kenyataan ini mendapat respons yang baik termasuk dari Ahli Parlimen Bangi, […]

trending_flat

Permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh di buat di Malaysia sahaja

PUTRAJAYA, 7 September 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Katanya dalam satu kenyataan, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang. Baru-baru ini tular di sosial media bahawa terdapat projek cetakan MyKad di luar negara. Justeru, JPN mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

trending_flat

Program Cita Rasa Malaysia (Taste Of Malaysia) @ Dubai 2024: Pengantarabangsaan Barangan Malaysia Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)

DUBAI, 7 September 2024 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah merasmikan Program Cita Rasa Malaysia (Taste of Malaysia)@ Dubai 2024 di LuLu Hypermarket, Silicon Oasis, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut Armizan, UAE merupakan negara yang terpilih bagi pelancaran program yang dianjurkan di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 dengan kerjasama LuLu Group Retail Malaysia. Kredit : KPDN "Program Cita Rasa Malaysia 2024 ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk memperkenal dan memasarkan produk mereka terutamanya di rangkaian pasar raya atau pasar raya besar di Malaysia mahupun di luar negara. Kerjasama erat bersama hypermarket asing dalam Malaysia turut dilibatkan bagi tujuan mempromosikan produk PMKS tempatan. Sebelum program ini dilancarkan, sebanyak 241 Stock Keeping […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation