trending_flat

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi siasat insiden Keselamatan Siber melibatkan Prasarana Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR, 5 September 2024 – Kementerian Digital memandang serius insiden keselamatan siber ke atas infrastruktur teknologi maklumat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang melibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang dimuat naik oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai RansomHub dalam laman web gelap pada 25 Ogos 2024. Menurut Kementerian Digital dalam satu kenyataan media, pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah dimaklumkan mengenai insiden siber Prasarana pada 26 Ogos 2024. "Pejabat Pesuruhjaya PDP telah mengeluarkan arahan kepada pihak Prasarana untuk menghantar pelaporan Pemberitahuan Pelanggaran Data (Data Breach Notification – DBN) selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2024, di mana pihak Prasarana telah melakukan sedemikian. Pejabat Pesuruhjaya PDP akan menjalankan siasatan untuk menentukan jenis pelanggaran dan mengenal pasti jenis data yang terlibat. Pejabat Pesuruhjaya PDP juga akan menyiasat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tindakan susulan […]

trending_flat

Ewon yakin KSU baharu dapat jayakan wawasan KUSKOP

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin Ketua Setiausaha KUSKOP yang baharu Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dapat membantu menjayakan wawasan kementerian membangunkan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Ewon berkata, keyakinannya itu berdasarkan pengalaman luas Khairul Dzaimee dalam pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sebelum ini. Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi “Saya percaya dengan pengalaman besar Dato’ Sri Khairul di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Imigresen akan membawa KUSKOP ke tahap yang lebih cemerlang. “Saya mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam keluarga besar KUSKOP serta komitmen bersama untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara khususnya kepada pemegang taruh dasar-dasar kementerian iaitu PMKS dan gerakan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas KSU KUSKOP daripada […]

trending_flat

Malaysia bersedia lancarkan semula rundingan MEUFTA

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Malaysia bersedia dalam melancarkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), tertakluk kepada persetujuan EU. Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Instri (MITI), ketersediaan itu adalah berdasarkan potensi manfaat yang tinggi kepada perniagaan dan rakyat Malaysia, serta bagi menjamin rantaian bekalan global dalam sektor utama. "MITI telah memulakan penilaian awal (scoping exercise) pada September 2023 untuk melihat semula langkah-langkah yang perlu diambil agar Malaysia dan EU dapat merapatkan jurang perbezaan antarapendirian masing-masing berdasarkan rundingan terdahulu. Keputusan daripada kajian awal tersebut telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu. Sebelum ini, rundingan telah dihentikan selama 12 tahun dan walaupun masih terdapat perbezaan dalam beberapa isu, MITI akan berusaha memastikan draf teks Perjanjian ini akan melindungi kepentingan Malaysia dan boleh diterima oleh kedua dua pihak." kata MITI. MEUFTA dijangka akan meningkatkan eksport Malaysia bagi produk […]

trending_flat

Fadillah kongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC)

JAKARTA, 5 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah menyampaikan Ucaptama di Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia (ISF) 2024 yang pembukaannya telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Bapak Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia. 𝗞𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗙𝗼𝘁𝗼 : 𝗕𝗶𝗿𝗼 𝗣𝗲𝗿𝘀, 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan keperluan kerjasama serantau dalam menangani perubahan iklim — isu yang melangkaui sempadan dan memberi kesan kepada semua aspek ekonomi dan masyarakat. "Saya berkongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC), rangka kerja yang meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kemampanan tenaga. Inisiatif seperti Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu integrasi dan daya tahan tenaga serantau sambil mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Malaysia komited kepada sasaran 70% tenaga boleh baharu menerusi campuran penjanaan […]

trending_flat

KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk. Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar "Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Dato’ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah." kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau. Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah […]

trending_flat

RMK13 : Kementerian Ekonomi akan melancarkan jelajah ‘Madani Mendengar’

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kerajaan menganjurkan Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang merupakan kesinambungan kepada perancangan RMK-12 pada hari ini. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan ketara daripada pergantungan kepada getah dan bijih timah semasa pasca kemerdekaan, namun transformasi lanjut diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing dandaya tahan dalam dunia yang semakin mencabar. "Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi radikal, berani dan transformatif yang akan memperkukuh asas ekonomi negara, memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan potensi besar rantau ASEAN. Dengan ASEAN dijangka menjadi pasaran pengguna keempat terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, adalah penting bagi kita untuk merebut peluang ini bagi mempertingkat dayasaing, memacu pertumbuhan mampan, dan menjamin masa depan yang makmur untuk semua rakyat Malaysia." katanya. RMK13 akan menjadi dokumen […]

trending_flat

Penyelidikan asas atau gunaan?

Oleh: Dr. Muhammad Faisal Khyasudeen Persoalan mengenai keutamaan di antara penyelidikan asas (fundamental research) dan penyelidikan gunaan (applied research) adalah isu yang sering dibangkitkan oleh orang awam, terutamanya apabila melibatkan penggunaan dana awam yang besar di universiti-universiti. Ramai yang bertanya, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk melaburkan begitu banyak wang dalam penyelidikan universiti jika hasilnya sukar untuk dilihat secara langsung oleh masyarakat? Apakah manfaat sebenar dari pelaburan ini, dan bagaimana ia memberi pulangan kepada negara? Penyelidikan asas dan gunaan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam meainkan peranan memajukan negara (National Cancer Institute - Unsplash) Persepsi Orang Awam Terhadap Penyelidikan di Universiti Tidak dapat dinafikan, terdapat pandangan umum yang skeptis terhadap penyelidikan di universiti. Ramai yang menganggap bahawa penyelidikan di universiti lebih kepada memenuhi keperluan akademik dan kenaikan pangkat, berbanding menghasilkan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk masyarakat. Pandangan ini berasas daripada persepsi bahawa […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation