trending_flat

Saifuddin beri sumbangan pada keluarga anggota UTK meninggal dunia

(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ) MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberi sumbangan kepada keluarga anggota UTK beliau yang meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya minggu lalu. Beliau berkata sumbangan itu diserahkan melalui pegawai-pegawainya kepada isteri dan bapa mertua Allahyarham KPL Samree Sungkai. "Pada Jumaat yang lepas saya telah menerima berita sedih bahawa Allahyarham KPL Samree telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 24 Januari 2025 di Lebuhraya Utara Selatan. "Allahyarham KPL Samree adalah merupakan anggota UTK yang berkhidmat dengan saya dan kehilangan beliau amat dirasai oleh kami semua. "Semoga Allah SWT mengampunkan dosa beliau, menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan beliau kepada negara," katanya di Facebooknya. Saifuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Samree dan mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan mereka. […]

trending_flat

Majikan tak boleh paksa pekerja ambil cuti tahun atau tanpa gaji sepanjang TBC

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggesa majikan yang berhasrat untuk menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baru Cina tidak memaksa mana-mana pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji di dalam tempoh berkenaan. Menurut KESUMA, pihaknya telah menerima aduan daripada pihak pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja-pekerja untuk mengambil cuti tahun atau cuti tanpa gaji berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 Januari 2025 dan 30 Januari 2025. ” KESUMA ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan. “Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. […]

trending_flat

KUSKOP SALUR PEMBIAYAAN RM1.084 BILION KEPADA PMKS DAN KOPERASI DI SARAWAK SEPANJANG TAHUN 2024 – EWON 

GEDONG, 28 Januari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.084 bilion kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi sepanjang tahun 2024. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu memberikan manfaat kepada seramai 42,689 usahawan PMKS dan Koperasi di Sarawak. “Manakala pada tahun 2023, KUSKOP telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM731.205 juta kepada 42,006 usahawan di sini. “Ia disalurkan melalui tujuh agensi di bawah KUSKOP iaitu Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), SME Corp. Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari. Ewon yakin, susulan kerancakan pembangunan ekonomi di Sarawak, jumlah pembiayaan itu akan meningkat, tahun […]

trending_flat

“PERJALANAN DAN PELANCONGAN MEMBINA EKONOMI YANG PELBAGAI DAN BERDAYA TAHAN”: MENTERI PELANCONGAN ARAB SAUDI, YANG MULIA AHMED AL-KHATEEB, MEMBERITAHU MESYUARAT TAHUNAN WORLD ECONOMIC FORUM DI DAVOS

· Sesi Perjalanan & Pelancongan rasmi tampil menonjol pada agenda WEF, dengan pemimpin global menumpukan perhatian kepada kuasa transformatif sektor tersebut.· Yang Mulia menggesa pemimpin global untuk memberi perhatian sewajarnya kepada sektor ini untuk memangkin pertumbuhan ekonomi lestari, merentas sempadan, dan berbilang sektor. Menteri Pelancongan Saudi, Yang Mulia Ahmed A. Al-Khateeb meletakkan perjalanan dan pelancongan pada agenda global di Mesyuarat Tahunan World Economic Forum di Davos, Switzerland, minggu ini. (Foto: AETOSWire) DAVOS, Switzerland, 28 Jan (Bernama) -- Sumbangan penting sektor Perjalanan dan Pelancongan kepada usaha membentuk landskap global ditekankan di Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) di Davos minggu ini dengan Yang Mulia Ahmed A. Al-Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi, menggesa pemimpin dunia untuk memberi tumpuan dan penyelesaian kolaboratif sewajarnya. Arab Saudi mengalu-alukan hampir 30 juta pengunjung antarabangsa dalam tahun 2024 dan menyumbang hampir 5% kepada KDNK Negara ini. Dalam sesi […]

trending_flat

Ada apa dengan tiga bulan mulia serangkai?

Oleh: Prof Madya Dr Khadher Ahmad Kalendar Islam tidak asing lagi digunakan dalam kalangan umat Islam khususnya di Malaysia. Sekali pun kalendar masihi digunakan lebih meluas dalam keseluruhan urusan perjalanan harian kita, namun tidak boleh dinafikan bahawa kalendar Islam juga dirujuk bersama sebagai panduan harian. Biasaya, kita akan diberikan pendedahan tentang bulan Islam, apabila akan tiba bulan Ramadan untuk pengumuman amalan ibadah puasa, bulan Syawal bagi sambutan hari raya Aidilfitri, bulan Zulhijjah tentang pelaksaaan ibadah haji dan sambutan hari raya korban (Aidil Adha) dan sebagainya. Dalam erti kata bahawa masyarakat kita secara umumnya mengentahui tentang keberadaan bulan Islam dan sebahagiannya pula dapat menghayati bulan-bulan ini melalui saranan ibadah yang ditetapkan termasuk keterangan tentang nama-nama bulan yang dijelaskan dalam ayat al-Quran atau pun hadith. Firman Allah SWT pada ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation