Karnival Komunikasi 2024 buka tirai di Kulai, Johor
PUTRAJAYA, 3 September 2024 - Kementerian Komunikasi akan menganjurkan siri pertama Karnival Komunikasi pada 6 hingga 7 September 2024 di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Karnival Komunikasi 2024 merupakan salah satu inisiatif kementerian bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini di samping menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi yang terlibat. Kredit : FB Karnival Komunikasi "Menerusi karnival ini, aspek pembangunan rakyat akan menjadi fokus iaitu mempermudah kehidupan, memperluas perniagaan dalam pelbagai platform, meningkatkan pendapatan, memperkasakan kerjaya, memperhebat etika, ekspresi telekomunikasi dan kesalinghubungan sosial serta kemasyarakatan yang positif seiring era globalisasi kini. Antara aktiviti menarik untuk para pengunjung termasuklah reruai pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), permainan digital, cabutan bertuah, sukan rakyat, konsert mini, persembahan muzik dan perkhidmatan secara […]