trending_flat
Belite Bio Mengumumkan Pelantikan Hendrik P. N. Scholl, MD, MA, sebagai Ketua Pegawai Perubatan

Dr. Scholl adalah pemimpin yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang oftalmologi dan penyelidik utama penyelaras bagi kajian sejarah semula jadi terbesar bagi penyakit Stargardt. SAN DIEGO,, Sept. 02, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Belite Bio, Inc (NASDAQ: BLTE) (“Belite Bio” atau “Syarikat”), sebuah syarikat pembangunan ubat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang fokus terhadap memajukan terapeutik baharu yang menyasarkan penyakit retina degeneratif yang mempunyai keperluan perubatan yang belum dipenuhi, hari ini mengumumkan bahawa lembaga pengarahnya telah melantik Hendrik P. N. Scholl, MD, MA, sebagai Ketua Pegawai Perubatan Syarikat, berkuat kuasa serta-merta. Dr. Scholl ialah pihak berkuasa terkemuka yang diiktiraf di peringkat global mengenai penyakit Stargardt dan degenerasi makula berkaitan usia (AMD), membawa kepakaran berdekad-dekad dalam merawat penyakit retina, termasuk dua petunjuk utama yang disasarkan oleh calon ubat utama Belite Bio, Tinlarebant. “Dr. Scholl telah mempelopori beberapa kemajuan oftalmologi yang paling penting pada […]

trending_flat
Merdekakan diri dari belenggu emosi

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nur Nadhirah Mat Nawi 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia dan pada tahun 2024 ini genap 67 tahun kita menyambut kemerdekaan. Selama 67 tahun kita merdeka, bebas daripada dijajah kuasa asing. Namun bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita sendiri sudah bebas daripada perasaan negatif yang sudah lama bersarang dalam diri? Sebelum itu mari kita fahamkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan istilah merdeka itu sendiri. Merdeka bermaksud bebas, jika dilihat dalam konteks negara kita bebas dan tidak terikat dengan penjajah. Merujuk kepada konteks diri, merdeka bermaksud bebas dan terlepas dari dibelenggu perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Jadi perkara utama yang perlu dilakukan bagi memerdekakan diri daripada belenggu emosi adalah memahami kesejahteraan psikologi diri. Belajarlah untuk mengawal dan membentuk pemikiran yang positif setiap hari (Zulmaury Saavedra - Unsplash) […]

trending_flat
Gempa bumi kuat di Kepulauan Solomon

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Solomon pada jam 4:13 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:13 pagi, 2 September 2024Koordinat: 6.9° Selatan 155.5° TimurLokasi: Kepulauan SolomonMagnitud: 6.5Jarak: 74km Selatan dari Arawa,PNGKedalaman: 85 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat
Zahid deklamasikan puisi “Jiwa Merdeka”

Saksikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendeklamasikan puisi "Jiwa Merdeka". Bersama kita hayati makna kemerdekaan melalui bait-bait puisi ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.  

trending_flat
Pelajar Polisas Raih Kemenangan dalam Sukma 2024

KUANTAN – “Saya amat teruja dan bangga apabila dapat mengibarkan bendera negeri dan mendengar lagu negeri Pahang berkumandang di dalam stadium tempoh hari ”, ujar Nur Ayu Rohma Mohd Insan, 19, yang berkongsi perasaan ketika diumumkan sebagai pemenang Pingat Emas acara Pencak Silat Kategori Tanding - Putri Kelas A (45kg-50kg), pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menceburi pelbagai bidang sukan bermula dengan sukan taekwando , olahraga balapan dan padang serta mula berjinak-jinak dalam bidang silat pada tahun 2021, ketika berusia 16 tahun. “Saya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang silat di bawah bimbingan Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka Alam Pahang. Selain dorongan berterusan oleh keluarga dan jurulatih, saya juga berminat dalam bidang silat ini kerana latihan silat […]

trending_flat
Gempa bumi sederhana di Kepulauan Nicobar, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India  pada jam  11:42 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut     Waktu Kejadian : 11:42 pagi, 1 September 2024 Koordinat : 8.2° Utara 91.8° Timur Lokasi : Kepulauan Nicobar, Rantau India Magnitud : 5.5 Jarak : 153km Barat Daya dari Car Nicobar, India Kedalaman : 10 km   Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat
Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi. Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka. Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman - EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation