Gempa bumi kuat di Pulau Vancouver
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Pulau Vancouver pada jam 11:08 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:08 malam, 11 Julai 2024Koordinat: 48.8° Utara 128.8° BaratLokasi: Pulau VancouverMagnitud: 6.0Jarak: 421km Barat dari Vancouver,KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.