trending_flat

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 - Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan Julina Johan, telah dilantik sebagai Ketua Pengarahnya berkuatkuasa hari ini. Menurut JAPEN, Julina merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik, "Beliau telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1996. Dilahirkan di Johor, beliau merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui JAPEN sejak penubuhannya pada tahun 1945. Beliau sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), JAPEN pada tahun 2023. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi." kata JAPEN. Kata JAPEN lagi, melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Julina, beliau diyakini akan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8:28 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:28 pagi, 13 Mei 2024Koordinat: 0.9° Utara 123.9° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.3Jarak: 100km Timur Laut dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 250 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Universiti Malaya Meraih Juara Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Empat Kali Berturut-turut

Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Ke-19. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming telah merasmikan pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul pada 4 Mei yang lalu. Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1988 dan merupakan pertandingan debat Bahasa Cina yang paling bersejarah dan berprestij di Malaysia. Sebagai arena untuk membincangkan isu-isu semasa, pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang bermutu dan modal insan yang holistik bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga mempunyai kemahiran berfikir, menganalisis dan berhujah dengan berhemah. Pertandingan kali ini telah mendapat penyertaan daripada 23 buah IPTA dan IPTS dengan usul yang pelbagai, mencakupi isu politik, ekonomi, pendidikan dan sosial, di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 3:45 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:45 petang, 10 Mei 2024Koordinat: 24.2° Utara 121.9° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.7Jarak: 91km Tenggara dari Taipei,TaiwanKedalaman: 11 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang lepas. Drama ini membawa mesej yang mendalam tentang hakikat seorang individu khunsa menghadapi rintangan kehidupan yang sukar akibat tindakan drastik si ayah ketika beliau masih bayi. Kisah ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai interseksualiti atau umum mengenalinya sebagai ‘khunsa’. Dr. Mohd Salim Mohamed Khunsa merujuk kepada “intersex”, “pseudohermaphroditism”, “hermaphroditism”, dan “sex reversal” atau istilah perubatannya iaitu kelainan perkembangan seksual “(differentiation of sex development” atau “disorders of sex development”(DSD)). Pemahaman masyarakat Malaysia mengenai hakikat interseksualiti masih agak sempit dan kadangkala terkhilaf dengan menyamakannya dengan transeksualiti atau kecelaruan jantina sosial seperti mak nyah, pondan dan lelaki lembut. Malah, istilah yang diperkenalkan sejak 1999 iaitu “LGBTIQ” (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex, Questioning) yang turut memasukkan kategori interseks ke dalam kelompok […]

trending_flat

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah premis di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah yang disyaki dijadikan stor haram tempat menyimpan dan mengedar gas petroleum cecair (LPG) pada 5 Mei yang lalu. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan telah dibuat setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai berat isipadu gas yang disyaki kurang daripada berat isipadu gas yang sepatutnya. "Pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati, terdapat 675 unit tong gas yang berisi dengan tong kosong pelbagai jenama ditemui di dalam dua buah lori dan rak yang berada dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan awal, premis tersebut tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Penguat kuasa KPDN telah menyita 94 unit tong gas pelbagai jenama berkapasiti 14kg […]

trending_flat

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai yang mempamerkan kekayaan material dan harta benda di media sosial. Namun, trend ini telah berubah. Kini, ramai yang mula berlumba-lumba untuk berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing, terutamanya mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Adakah media sosial telah menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga? Memperlihatkan kebahagiaan di media sosial seharusnya bermula daripada hati setiap individu. Jika perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang lain, ia mungkin tidak salah. Tetapi, masalah akan timbul apabila perkongsian itu menjadi berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan meluat dan iri hati. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika seorang individu yang pernah menghadapi kesukaran dalam hidupnya untuk berkongsi kata-kata motivasi dengan tujuan mendorong orang lain untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian kepada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation