trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Barat Papua, Indonesia pada jam 12:31 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:31 pagi, 8 Jun 2024Koordinat: 3.2° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 178km Barat Daya dari Jayapura,IndonesiaKedalaman: 43 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Beribadahlah tanpa melanggar peraturan 

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap Muslim yang berakal dan sihat tubuh badan pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Namun begitu, ramai kalangan umat Islam yang tidak sempat melaksanakannya dan telah kembali ke rahmatullah. Malahan masih lagi ramai yang menanti giliran pasca pendaftaran haji bersama Tabung Haji dengan penuh sabar. Ini kerana mereka faham bahawa konsep istita’ah (kemampuan) itu merangkumi giliran mengerjakan haji di samping kewajipan mentaati peraturan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Walaupun begitu, dalam keadaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang menanti giliran mengerjakan haji, terdapat segelintir rakyat yang terkandas di Mekah dan Madinah kerana ingin mengerjakan haji dengan menggunakan visa pelancong atau dinamakan sebagai Haji DIY (Do It Yourself) atau Haji Backpacker. Mereka tidak memilih laluan mengerjakan haji bersama agensi kerajaan seperti Tabung Haji atau […]

trending_flat

TV ALHIJRAH Rangkul Dua Pengiktirafan Atas Pencapaian Digital

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2024 - TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik. Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang  mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus. “Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan. “Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022,” jelas Nadzariah. “Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada […]

trending_flat

Meneroka biodiversiti bandar dengan sains masyarakat

Pertambahan jumlah penduduk merupakan antara penyebab utama kehilangan biodiversiti di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan kehilangan habitat, perubahan guna tanah, eksploitasi sumber alam serta pencemaran yang berlaku, seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan sumber, dan semakin banyak habitat semula jadi digunakan untuk pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran. Affan Nasaruddin Penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 4 juta orang sejak tahun 2010, dan dijangka mencecah angka 38 juta menjelang tahun 2030, dan seterusnya 41.5 juta menjelang 2040. Peratusan penduduk di kawasan bandar di Malaysia pula dijangka akan meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepadatan dan memberi kesan kepada kualiti kehidupan penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. Negara kita sememangnya sinonim dengan kepelbagaian biodiversiti. Berdasarkan maklumat dari pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS), terdapat lebih kurang […]

trending_flat

“MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA” tema HKHM 2024

PUTRAJAYA, 5 Jun 2024 – Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan logo dan tema bagi sambutan HKHM 2024. Menurut Jabatan Penerangan (Japen), sambutan HKHM pada tahun ini mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. "Malaysia MADANI merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif. Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif." kata Japen. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya serta sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di […]

trending_flat

Mohamed Khaled ketuai delegasi Malaysia ke The 21st International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2024 (SLD2024)

Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai The 21st International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2024 (SLD2024) yang diadakan di Hotel Shangri-La, Singapura dari 31 Mei hingga 2 Jun 2024. The IISS SLD merupakan forum keselamatan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Singapura sejak tahun 2002 yang melibatkan penyertaan Menteri-Menteri Pertahanan, pegawai-pegawai tertinggi tentera dan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan dari negaranegara di rantau Asia Pasifik dan benua Eropah. "YB Menteri Pertahanan telah diberi penghormatan sebagai salah seorang panel semasa sesi ketujuh bertajuk “Re-Imagining Solutions for Regional Stability” dan menyampaikan perspektif Malaysia mengenai perkembangan dalam kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala di Asia-Pasifik, dan bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan sedia ada serantau. Penyertaan YB Menteri Pertahanan ke Forum SLD2024 adalah merupakan kesinambungan penyertaan Malaysia dalam forum berprestij ini, di […]

trending_flat

CAFEO Kembali Ke Malaysia dengan Fokus kepada Transformasi Digital, Kejuruteraan Pintar dan Penyelesaian Hijau

PETALING JAYA, 31 MEI 2024 - Institusi Jurutera Malaysia (IEM) berbangga mengumumkan Malaysia sekali lagi bakal menjadi tuan rumah bagi acara berprestij Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 42) daripada 22 hingga 24 Oktober 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu. Tahun ini, CAFEO 42 dijangka menarik 200 pempamer dan 1,500 peserta persidangan dari serata rantau ASEAN. Pameran yang diperluaskan ini bakal menyediakan platform unik bagi syarikat, ahli inovasi dan penyelidik bagi mempamerkan teknologi, produk dan perkhidmatan terkini. Ia menjadi satu ruangan dinamik bagi membina rangkaian, kolaborasi dan penemuan penyelesaian baharu yang dapat memacu sektor kejuruteraan ke hadapan. CAFEO, satu acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara negara-negara ASEAN, menjadikannya satu acara utama di dalam kalendar kejuruteraan serantau. Persidangan ini menjadi platform penting dalam penukaran ilmu, inovasi dan kolaborasi di antara jurutera, penggubal dasar dan peneraju industri. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation