trending_flat

YB ADAM ADLI MULA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BAHARU

YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah tiba di Menara KBS pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) YBrs. Encik Abdullah Hasan serta Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas mengangkat sumpah Sabtu lalu. Selesai dengan sesi mengimbas Kad Perakam Waktu, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergerak ke ruang pejabat beliau bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Seluruh warga KBS mengalu-alukan kehadiran dan memberikan sepenuh sokongan kepada YB Tuan Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 9 Disember Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

trending_flat

PRESIDEN ABIM HADIRI SIRI DIALOG YANG MENAMPILKAN BILAL ERDOĞAN DARI TÜRKIYE

6 DISEMBER 2022: - Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah berpartisipasi dalam Siri Dialog “The Role of Asia-Pacific Countries in New Conjecture for Malaysian Youth” menampilkan H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden The World Ethno Sports Confederation bertempat di Yunus Emre Institute, Jalan Sultan Ismail. Kehadiran beliau adalah utusan Presiden Türkiye sebagai penghormatan Türkiye kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Program tersebut adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) dan Pejabat Kedutaan Türkiye di Malaysia. Hadir sama Duta Republik Türkiye di Malaysia, H.E. Emir Salim Yuksel; Presiden ICYFDC Mr. Taha Ahyan; Presiden MBM Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; dan Mantan Presiden MBM Sdra. Jufitri Joha. H.E. Necmeddin juga merupakan anak kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan. Terdahulu, pada Disember 2021, Faisal […]

trending_flat

Airasia Academy Rai Graduan Tamat Pengajian 2022

SEPANG, 6 Disember 2022 - airasia academy memberikan penghormatan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada 2022 dan meraikan kejayaan mereka dalam menempuhi pelbagai cabaran memahirkan diri mereka bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran kerja yang berpaksikan teknologi dengan kemahiran selari dengan keperluan ekonomi digital. Kumpulan 204 graduan cemerlang tersebut yang baru-baru ini menamatkan kursus mereka dalam bidang Kejuruteraan Pengisian, Analisis Data, Infrastruktur Cloud, Pemasaran Digital, Keselamatan Siber dan Kemahiran Insaniah menerima sijil mereka pada Majlis Graduasi airasia academy di AirAsia RedQ. Mereka terdiri daripada wanita dari golongan B40 yang mewakili program #RatuTech tajaan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Airbus dan Carsome, peserta program tajaan penuh Yayasan Peneraju melibatkan golongan kurang bernasib baik dan kurang upaya (OKU) serta tenaga kerja AirAsia yang lebih dikenali sebagai Allstars. Presiden (Pelaburan & Usahaniaga) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy, Aireen […]

trending_flat

Hannah Yeoh Mula Tugas Sebagai Menteri Belia dan Sukan

PUTRAJAYA 6 Disember 2022 - Menteri Belia dan Sukan yang baru, Hannah Yeoh telah tiba di Menara KBS pada jam 8.22 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Jana Santhiran Muniayan dan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi KBS. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Hannah seterusnya bergerak ke ruang pejabat beliau untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas serta mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha KBS. Hannah adalah menteri ke-21 dilantik sejak penubuhan KBS pada 1964. Seluruh warga KBS mengalu-alukan kedatangan Hannah yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 3 Disember 2022.   Lagi Berita Belia dan Sukan : Gaya HidupMY LNASukanWanita [Galeri] Pertandingan Fitness Drummin’ 2022 peringkat akhir By […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation