trending_flat

Dewan Rakyat Lulus Pindaan AUKU 2023

PUTRAYA, 19 Mac 2024 - Dewan Rakyat pada Isnin sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Seramai 23 ahli telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyaksikan antara topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan adalah mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan, tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain. "Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) semenjak tahun 2021 sehingga kini. Ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri." kata KPT dalam satu kenyataan hari ini. Secara keseluruhan, RUU tersebut mengandungi lima (5) fasal yang melibatkan […]

trending_flat

Cegah Buli dan Jenayah Seksual di kalangan Pendidikan Khas

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG 14 Mac 2024 - Peneguhan disiplin tidak hanya diterapkan kepada murid arus perdana sahaja, malahan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) juga perlu mengikuti pelaksanaan undang-undang disiplin yang ditetapkan di sekolah. Pendedahan awal perlu diterapkan setiap kali mula memasuki minggu awal persekolahan. Lebih penting lagi, taklimat disiplin yang melibatkan jenayah buli dan seksual di kalangan MBPK. Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berinisiatif menganjurkan kempen cegah buli dan jenayah seksual di Minggu Orientasi Pendidikan Khas sesi 2024/25 yang berlangsung. Cikgu Muhammad Ashrol Haron, Guru Penyelaras Disiplin Pendidikan Khas SMK Kota Masai menjelaskan bahawa tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan peraturan dan apa yang perlu difahami dari sudut disiplin dan etika murid. “Penguatkuasaan peraturan sekolah juga melibatkan MBPK khususnya. Mereka juga adalah murid sekolah yang […]

trending_flat

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan secara harfiah akan menjadikan siapa kita dan mempengaruhi keadaan kesihatan kita, seperti pepatah, "kita adalah apa yang kita makan” (we are what we eat). Ketersediaan 17 jenis minyak sayuran dan lemak haiwan di pasaran lebih menyulitkan keadaan di mana pemilihan yang tepat, aplikasi, dan pengendaliannya telah dianggap remeh oleh sesetengah komuniti. Usaha memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan industri sawit (penyumbang ekonomi utama Malaysia) secara umum, menyalurkan pengetahuan mengenai pengetahuan mengenai industri sawit dan minyak masak dari pelbagai aspek telah direalisasikan oleh Dr. Noordini Mohamad Salleh, Prof. Madya Dr. Cheng Sit Foon, dan Dr. Muhammad Aqmal Othman yang merupakan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) melalui projek penyelidikan OleoRangers@UM Living Lab. OleoRangers@UM Living Lab telah ditubuhkan di bawah peruntukan penyelidikan yang disalurkan oleh Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) untuk memberi […]

trending_flat

Malaysia Genomics Meterai Dua MOA dengan USM, Bersedia Membongkar Rahsia Genetik dan Sejarah Sejarah Wanita Pulau Pinang

PETALING JAYA, 13 Mac 2024 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MGRC” atau “Kumpulan”), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan dua perjanjian kerjasama penyelidikan penting dengan Universiti Sains Malaysia ("USM"), Malaysia universiti penyelidikan utama yang terkenal dengan komitmen mereka untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Perjanjian pertama memberi tumpuan kepada penerokaan genetik Penang Woman melalui kajian mendalam yang bertujuan untuk mengekstrak dan menganalisis bahan genetik daripada spesimen Penang Woman. Di bawah kerjasama ini, USM akan menyediakan bahan genetik dan bantuan teknikal untuk penjujukan DNA, manakala MGRC Therapeutics (“MGRCT”) akan menjalankan pengekstrakan DNA genomik dan penjujukan genom keseluruhan menggunakan bahan yang diekstrak, serta menyediakan sokongan pembiayaan. Kerjasama itu merangkumi tanggungjawab bersama termasuk penyediaan laporan penyelidikan akhir, perkongsian pengetahuan, dan mengarang bersama penerbitan semakan rakan berdasarkan penemuan penyelidikan. Selari dengan ini, perjanjian kedua telah diwujudkan untuk menentukan umur rangka Wanita […]

trending_flat

Tawaran MRSM 2024 kepada golongan B40 lebih dari 80 peratus

KUALA KUBU BHARU 11 Mac 2024 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merekodkan pengambilan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2024 khusus buat keluarga berpendapatan rendah B40 adalah melebihi 80% setakat ini. Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebanyak 7,424 tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar di seluruh negara. “Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM. Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76%. “Pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kali ini. Dasar kita menetapkan bahawa 60% kuota harus diisi oleh pelajar B40. Sejajar dengan hasrat itu, tahun ini kita berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal sebagai usaha murni kita bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran […]

trending_flat

Bekalkan Gen Z, Alfa, dengan keteguhan rohani menghadapi realiti

Oleh: Dr Atifah Ahmad Yusoff Generasi kita hari ini hidup dalam era baru teknologi. Generasi Z, yang dilahirkan pada tahun 1996 dan seterusnya manakala generasi Alfa dilahirkan pada tahun 2011-2026. Gen Z membesar di tengah-tengah berkembangnya teknologi, manakala Alfa ialah generasi pertama yang dilahirkan pada abad ke-21, di mana mereka akan menjadi demografi yang paling banyak menggunakan teknologi setakat ini. Dr Atifah Ahmad Yusoff Bagi generasi muda, media sosial adalah segalanya. Pendidikan mereka akan lebih digital, visual dan kurang hitamnya putih. Tambahan pula, dengan cabaran automasi, mereka perlu membangunkan kemahiran yang lebih mendalam untuk berjaya dalam pasaran kerja yang telah berubah. Persoalannya, selain kemahiran, apakah lagi aspek yang perlu dipertingkatkan oleh generasi kita? Kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Gen Z adalah dalam membangunkan akhlak yang teguh. Hal ini kerana, dalam dunia teknologi canggih hari ini, kebebasan bersuara, kebebasan […]

trending_flat

Meneroka pembelajaran lencana terbuka untuk pendidikan digital

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Di Malaysia, sistem pendidikan Malaysia bersedia untuk menjalani anjakan transformatif pendidikan tradisional dengan penyepaduan pembelajaran lencana terbuka untuk pendididikan digital masa hadapan. Pembelajaran lencana terbuka merujuk kepada proses memperoleh lencana digital untuk menunjukka kemahiran, pengetahuan atau pencapaian yang diperoleh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran, termasuk kursus dalam talian. Ianya menawarkan pembelajaran terbuka yang fleksibel dan mudah diakses untuk pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan atau pencapaian untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Salah satu isu utama yang dihadapi oleh pendidikan digital Malaysia ialah keperluan untuk merapatkan jurang antara kelayakan akademik tradisional dan permintaan pasaran kerja yang berkembang untuk merealisasikan potensi pembelajaran lencana terbuka sepenuhnya. Walaupun ijazah dan diploma kekal sebagai penunjuk araa sebagai tanda penting pencapaian akademik, majikan semakin menghargai kemahiran praktikal dan kecekapan yang diperoleh melalui pengalaman praktikal dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation