Urus stres menerusi ekoterapi di Taman Negara
Ekoterapi, atau juga dikenali sebagai terapi alam, merupakan salah satu bentuk terapi yang melibatkan interaksi di antara manusia dengan alam semulajadi sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi individu. Kaedah ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti berjalan di hutan (atau dikenali juga sebagai ‘mandi hutan’), mendaki bukit dan gunung, menikmati kehijauan hutan dan deru air sungai yang mengalir, memerhati keunikan biodiversiti flora dan fauna, atau dengan hanya menghabiskan masa berkhemah di dalam hutan. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan kebaikan ekoterapi ini, terutamanya dari bidang kesihatan mental, ekologi dan psikologi. Antara sumber rujukan terawal ialah buku ‘Ecotherapy: The green agenda for mental health’ karangan Mind Health Association (MIND) yang diterbitkan pada tahun 2007. Pendekatan ekoterapi ini kini semakin mendapat perhatian para penyelidik di serata dunia bagi menangani masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan belia, terutamanya mahasiswa […]