Pengapungan harga diesel : KPKM adakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian
PUTRAJAYA, 22 OGOS 2024 – Susulan daripada pelaksanaan pengapungan harga diesel oleh Kerajaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam industri di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas berkenaan peningkatan kos operasi jentera dan kos upah dalam rantaian aktiviti penanaman padi. Pada hari ini, sesi libat urus KPKM bersama para penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian turut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pasaran terhadap kos upah yang lebih relevan dan tidak membebankan para pesawah. Sebagai reaksi segera, KPKM mengesyorkan dua cadangan langkah intervensi untuk menangani isu tersebut iaitu melalui jadual harga siling kos upah terkini yang telah mengambil kira harga diesel semasa, serta langkah intervensi jangka masa panjang melalui pelaksanaan pendaftaran jentera pembajakan dan penuaian di lapangan bagi kajian dan penelitian program bantuan bersasar yang bersesuaian. Sebagai makluman, pengesyoran jadual […]