Sindrom ‘Turbo Cancer’ Hanyalah Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Penggunaan Vaksin
Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ada yang bertanya kepada kami tentang kesahihan video yang menyatakan munculnya sindrom ‘turbo cancer’ bagi pengguna vaksin Covid-19. Semakan kami mendapati ini adalah video yang muncul pada waktu Covid-19 masih aktif menyerang seluruh dunia. Beberapa badan penyemak fakta dan pusat kajian perubatan juga telah mengeluarkan hasil semakan dan laporan menafikan tuduhan ini. Kami petik sumber dari Reuters Fact Check untuk anda: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Istilah ‘turbo cancer’ direka oleh seorang doktor perubatan keluarga, Dr. Charles Hoffe pada 11 November 2022. Sumber: Reuters Fact Checkhttps://www.reuters.com/article/fact-check/no-evidence-covid-19-vaccines-cause-turbo-cancer-idUSL1N3340PQ/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Temubual Reuters bersama lima pakar perubatan mengesahkan tiada kaitan antara vaksin Covid-19 sebagai penyebab kanser.b. Dr. Hoffe tidak memberi respon ketika pihak Reuters menghubungi beliau untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan tuduhan ini.c. Laporan beberapa pihak lain […]