trending_flat

KFSHRC Mempamerkan Inovasi Pendidikan Perubatan di AMEE 2024 Switzerland

RIYADH, Arab Saudi, Aug. 22, 2024 - Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan King Faisal (KFSHRC) memperluaskan lagi jejak globalnya dengan menyertai Persidangan Persatuan Antarabangsa bagi Pendidikan Perubatan di Eropah (AMEE) 2024 untuk tahun kedua berturut-turut. Berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos di Basel, Switzerland, acara ini menghimpunkan pemimpin global dalam pendidikan perubatan dan penjagaan kesihatan. Pada tahun ini, tumpuan KFSHRC adalah untuk memperhalusi amalan klinikal, meningkatkan hasil pesakit dan meningkatkan kepuasan dan keselamatan pelajar. Dengan berkongsi pengetahuannya, KFSHRC berhasrat untuk menyumbang kepada kemajuan global pendidikan perubatan, memberi manfaat bukan sahaja kepada pelatih dan pesakit tetapi juga komuniti penjagaan kesihatan di seluruh dunia. KFSHRC akan menyerlahkan kejayaannya dalam memanfaatkan teknologi termaju dalam pendidikan perubatan seperti simulasi maya dan platform pembelajaran interaktif yang telah dipertingkatkan kemahiran membuat keputusan klinikal pelatih dengan ketara. Inovasi ini telah membawa kepada peningkatan ketara dalam kualiti latihan […]

trending_flat

51 pelajar kolej keracunan makanan, 7 kafe diarah tutup

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI AYER MOLEK 17 Ogos – Seramai 51 pelajar sebuah kolej, di sini, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati juadah yang dijual di tujuh kafe institusi pengajian itu. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian dikatakan berlaku sejak Khamis dan berlarutan sehingga semalam. “Beberapa pelajar mula mengadu sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam pada Jumaat sebelum dibawa oleh felo ke Hospital Jasin bagi mendapat rawatan. “Keadaan itu berterusan sehingga petang semalam dan beberapa penghantaran pelajar dibuat pula ke klinik kesihatan dan menjadikan kesemua pelajar yang terbabit seramai 51 orang membabitkan 36 perempuan dan 15 lelaki. “Hanya seorang pelajar sahaja yang dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut manakala mereka yang lain dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan balik ke asrama,” katanya. Rahmad berkata, penguat kuasa Kementerian […]

trending_flat

Situasi semasa demam denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 31 (28 Julai 2024 – 03 Ogos 2024)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan […]

trending_flat

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional […]

trending_flat

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul di Nak Cikit Picnic Space, Setia Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk menyertai program “Inisiatif Sejuta Harapan”. Program yang julung kali diadakan ini merupakan usaha proaktif NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri. Inisiatif ini timbul susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati bahawa sejuta rakyat Malaysia berusia lebih 15 tahun telah mengalami kemurungan. “Kami berharap lebih ramai yang berani tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan, seterusnya mampu memberi harapan kepada pejuang-pejuang yang mengalami kemurungan,” kata Syahida Zulkarnain, Pengasas dan Presiden NGO Empati. Syahida turut berkongsi tujuan penganjuran program antara lainnya adalah untuk menyediakan platform selamat untuk para peserta berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengharungi fasa kemurungan. “Melalui program ini juga para pejuang berpeluang untuk bersosial secara sihat, […]

trending_flat

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 - Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. "Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, enam (6) lokaliti di Perak, enam (6) lokaliti […]

trending_flat

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengurusan dan operasi melibatkan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) iaitu Pusat Pemulihan Baitul Islah bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor. MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil sementara bagi pihak MAIS pula ditandatangi oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar. Menurut AADK, program kerjasama antara AADK-MAIS tersebut telah bermula sejak 18 Disember 2017 bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada klien termasuk yang mempunyai masalah HIV/AIDS. Penempatan klien dikhususkan kepada klien beragama Islam dan ketika ini hanya dikhaskan kepada klien lelaki sahaja. "Selain itu, MoU ini juga diadakan untuk membimbing klien berkenaan agar terus kuat dan mahir untuk dalam menghadapi stigma […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation