trending_flat

Penyelidik UM terima geran penyelidikan YPOMNM buat kajian pemulihan pesakit strok

Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) baru-baru ini telah menyampaikan Geran Insentif YPOMNM Kitar 1 2023 kepada Prof. Madya Dr. Nur Azah Hamzaid dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM). Replika cek geran telah disampaikan oleh Pengasas YPOMNM, Prof. Dato’ Dr. Hj. Jafri Malin Datuk Hj. Abdullah dan Prof. Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli pada sebuah majlis ringkas di The Cube, Fakulti Kejuruteraan UM. “Bidang kajian saya merangkumi kaedah-kaedah penyelesaian bagi membantu proses pemulihan fizikal yang disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah strok. Untuk geran YPOMNM ini, saya akan memfokuskan kepada kajian mengenai Transcranial Magnetic Stimulation (TMS). Di dalam bidang kajian ini, kita akan melihat sejauh mana penggunaan rangsangan magnet di bahagian otak mampu memberi kesan terhadap proses pemulihan otot pesakit strok, terutamanya otot kaki,” kata Dr. Nur Azah. Menurut Prof Dato’ Jafri Malin, pemberian geran […]

trending_flat

Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 02 (07 Januari 2024 -13 Januari 2024)

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2024 (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-02 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 3,525 kes berbanding 3,181kes pada minggu sebelumnya. Terdapat dua (2) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-02 tahun 2024.   Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-02 adalah sebanyak 6,706 kes berbanding 4,739 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat dua (2) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding dua (2) kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-02 adalah sebanyak 136 lokaliti berbanding 130 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 136 lokaliti yang dilaporkan, 106 lokaliti di Negeri Selangor, 17 lokaliti di WPKL & Putrajaya, lima (5) lokaliti di Negeri Perak, empat (4) lokaliti di Negeri Sembilan, manakala masing-masing dua (2) lokaliti di Pulau […]

trending_flat

Keadaan COVID-19 terkawal, tiada varian baharu dikesan

29 DIsember 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa keadaan COVID-19 di negara adalah terus terkawal dimana kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini, kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital dan kadar kematian kekal pada tahap rendah. "Untuk Minggu Epid ME-51 (17 - 23 Disember 2023), kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5% dan kadar kematian 0.08% . Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah."katanya. Tambah beliau, sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Katanya, varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1. Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes […]

trending_flat

Senyumlah di musim perayaan

Oleh: Dr. Zubaidah Zanul Abidin, Prof. Madya Dr. Nosizana Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. Lim Ghee Seong Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai sambutan perayaan hasil dari kepelbagaian kaum di dalam masyarakat. Antara perayaan yang diraikan oleh masyarakat di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan Krismas. Setiap kali hampirnya musim perayaan, bukan sahaja pusat membeli belah yang diserbu oleh rakyat Malaysia, malah klinik pergigian juga menerima ramai pesakit. Dr. Zubaidah Zanul Abidin Prof. Madya Dr. Nosizana Mohd Salleh Prof. Madya Dr. Lim Ghee Seong Dalam kita bergembira menyambut hari-hari yang berbahagia ini, sedarkah kita bahawa di antara kita terdapat individu yang sentiasa mengelak daripada berjumpa dengan tetamu atau bergambar bersama-sama ahli keluarga di musim perayaan? Masalah ini kerap dihadapi oleh individu yang telah kehilangan gigi, terutamanya bagi mereka yang telah […]

trending_flat

Susu ibu: Keajaiban alam yang tidak terbanding

Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ibu-ibu berkerjaya sudah pasti mempunyai kekangan untuk menyusukan bayi secara langsung, atau ‘direct latching’, dan terpaksa memerah susu ketika di tempat kerja. Susu ini selalunya akan disejukbeku dan diberikan kepada bayi saat diperlukan. Ekoran ini, akan timbul situasi dimana ada kemungkinan susu yang diperah pada waktu siang, akan diberikan kepada bayi pada waktu petang atau malam, dan juga sebaliknya. Tahukah anda bahawa, sama seperti tubuh manusia, susu ibu juga mempamerkan sifat ritma sirkadian atau jam biologi? Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ritma sirkadian ialah jam biologi atau satu aturan masa dalam tubuh manusia yang berjalan mengikut rutin kitaran siang dan malam selama 24 jam. Pengaturan secara dalaman ini melibatkan pelbagai peringkat biologi, termasuk molekular, selular, sistem dan juga tingkah laku manusia. Penetapan ritma sirkadian ini penting untuk fungsi optimum tubuh manusia. Perkembangan bayi dari […]

trending_flat

Wahai lelaki, periksalah awal

Oleh: Dr. Nur Adila Mokhtar Masalah kesihatan kaum lelaki di Malaysia secara umumnya berada pada tahap yang membimbangkan. Jika keadaan ini berterusan, ia akan menjadi punca utama kepada peningkatan kadar kematian yang tinggi di Malaysia. Berdasarkan laporan statistik pada tahun 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti angka kematian adalah terdiri daripada kaum lelaki iaitu sebanyak 117,790 orang (57 peratus). Dr. Nur Adila Mokhtar Antara punca utama kematian yang dikenal pasti dalam kalangan lelaki adalah masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser yang sering berkait rapat dengan cara pemakanan, gaya hidup, genetik dan juga psikologi individu itu sendiri. Tidak lupa juga tahap kesihatan mental dalam kalangan kaum lelaki yang semakin merundum yang perlu segera dibendung. Depresi dan tekanan perasaan yang berpunca daripada desakan dan tekanan dari tempat kerja dan norma budaya yang meletakkan stigma negatif terhadap penyakit mental […]

trending_flat

Luluskan Segera RUU Kawalan Produk Merokok 2023

Kumpulan Penyelidik Ketagihan Nikotin (NARCC) di Universiti Malaya (UM) memandang serius kecemasan yang melanda negara ini berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kami tidak boleh lagi berdiam diri melihat peningkatan drastik dalam penggunaan vape oleh generasi muda yang digembar-gemburkan sebagai sumber pendapatan baru dan cara berhenti merokok. Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, ketua koordinator NARCC dan pakar perunding kanan psikiatri UM, menegaskan bahawa tidak ada bukti kukuh menyokong vape sebagai terapi berhenti merokok sementara banyak lagi cara berhenti merokok yang bertauliah masih belum dimaksimakan. Hasil daripada kajian kohort di Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai “Incidence of E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI) among the Severe Acute Respiratory Infections (SARI) Patients” pada tahun 2021, yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wong Chee Kuan, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Noraryana Hassan, Dr […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation