trending_flat

MCMC bekerjasama dengan 5 telco sediakan perkhidmatan alatan perisian Parental Control Tools

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 - Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME untuk menyediakan perkhidmatan alatan perisian yang dikenali sebagai Parental Control Tools yang membolehkan mereka memantau, menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat dan aktiviti anak-anak dalam talian. Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan yang sama.  Menurut Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Parlimen hari ini, bagi menangani risiko dan ancaman terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus dipertingkatkan melalui inisiatif-inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia [Malaysia ICT Volunteer (MIV)] di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di seluruh […]

trending_flat

Ancaman R00TK1T : Hanya portal Maxis Interactive Retail Assistant / Queue Management System di satu cawangan terkesan

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2024 - Pada 26 Januari 2024 lalu, Kementerian Digital telah dimaklumkan mengenai satu kempen serangan siber yang akan menyasarkan infrastruktur digital Malaysia oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai “R00TK1T ISC Cyber Team”. Kumpulan tersebut mendakwa mempunyai kepakaran untuk mengganggu dan melumpuhkan infrastruktur digital berdasarkan kempen-kempen mereka yang terdahulu. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo s/o Karpal Singh ketika sesi Pertanyaan Lisan di Parlimen hari ini, pihak Maxis Berhad (“Maxis”) telah melaksanakan tindakan proaktif bagi menyemak kesahihan dakwaan itu dan telah mendapati bahawa hanya portal Maxis Interactive Retail Assistant (M.I.R.A)/ Queue Management System di satu (1) cawangan/ kedai Maxis adalah terkesan. Sistem itu merupakan sistem standalone dan tidak mempunyai sebarang sambungan kepada mana-mana sistem kritikal Maxis. "Maxis juga telah memberi notifikasi sewajarnya kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi mengesahkan tiada ketirisan data peribadi hasil daripada forensik digital […]

trending_flat

Kod Etika Wartawan Malaysia merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2024 - Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan pada 20 Februari 2024 bukanlah kod etika yang baharu. Sebaliknya, kod etika tersebut merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989 yang diterbitkan oleh Institut Akhbar Malaysia, yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Press Institute (MPI). Menurut Fahmi ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini, Kod Etika Wartawan Malaysia itu akan diguna pakai oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengeluaran serta penarikbalikan Kad Perakuan Media (KPM) untuk pengamal media di Malaysia. "Sebelum ini, JaPen mengguna pakai Etika Kewartawanan Malaysia MPI tahun 1989 bersekali dengan Prosedur Tetap Operasi (PTO) KPM sebagai sumber rujukan dan panduan bagi kelulusan serta penarikbalikan KPM. Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru diluncurkan […]

trending_flat

FOMO, topik pertama program “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia”

PUTRAJAYA, 18 Februari 2024 - Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bakal muncul dengan program bual bicara “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” yang disiarkan di laman media sosial rasmi JaPen. Menurut Japen, episod pertama akan bersiaran pada 19 Februari 2024, pukul 10.30 pagi yang menampilkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta pelakon, penyanyi, dan usahawan, Nur Fazura sebagai panel. Kata Japen lagi, “Fear of Missing Out (FOMO)” merupakan topik yang diketengahkan menyentuh kebimbangan sosial daripada impak digitalisasi dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda serta meneroka pengalaman panel bagi menguruskan perasaan takut ketinggalan terhadap sesuatu perkara baharu. "Menyasarkan penglibatan generasi muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi melalui program bual bicara santai, “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif Kerajaan MADANI, di samping memupuk semangat patriotik, keharmonian dan integrasi nasional. Program bual bicara enam episod berdurasi antara 30 hingga 45 […]

trending_flat

JAPEN Sarawak bantu buka kaunter pendaftaran PADU di 33 daerah

KUCHING, 26 Januari 2024 : Orang ramai kini boleh mengunjungi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak yang berdekatan sekiranya ingin mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Dalam usaha memastikan rakyat Sarawak turut mengemaskini maklumat dalam sistem PADU, JAPEN Sarawak telah mengambil inisiatif dengan membuka kaunter pendaftaran PADU di 33 Pusat Maklumat Rakyat (PMR) JAPEN Daerah seluruh Sarawak. Bagi memastikan pendaftaran tersebut berjalan lancar, Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Sarawak telah memberi taklimat berkenaan sistem PADU kepada semua penyelaras PMR JAPEN Sarawak, hari ini. Seramai 204 anggota JAPEN di seluruh Sarawak hari ini telah mengikuti taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah DOSM Sarawak, Anisa Mohammad Azahari bagi memastikan Penyelaras PMR dibekalkan dengan maklumat lengkap berkaitan sistem PADU dan bersedia membantu masyarakat mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU di PMR daerah. Tujuan pembukaan kaunter […]

trending_flat

Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024 – Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini di Angkasapuri Kota Media oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Pakej tersebut melibatkan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes). Menurut Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini, insentif tersebut merupakan penghargaan kepada petugas industri p-hailing dalam usaha menyokong ekonomi digital, sekali gus memastikan perkhidmatan ini sampai kepada semua pengguna di seluruh negara. "Pakej ini turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog. Pemandu dan penunggang p-hailing akan menikmati perkhidmatan Internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB. Setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform […]

trending_flat

Timbalan KPN bersama MDN sertai pendaftaran

Sumber Facebook Rasmi PDRM PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke sesi pendaftaran MyDigital ID yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam. MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang boleh dimanfaatkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta untuk mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara talian. Program kerjasama MIMOS Berhad itu juga bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi memperkasakan transformasi digital ke arah pendigital perkhidmatan. Hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN dan wakil-wakil agensi bawah KDN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation