trending_flat

Radio IKIM kini dikenali sebagai Radio IKIMFM

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan bahawa bermula Januari 2024, Radio IKIM akan dikenali sebagai IKIMfm. Penjenamaan semula ini bagi menyasar pelbagai golongan pendengar untuk terus mendapat inspirasi dari setiap rancangan yang disiarkan. IKIMfm dengan wajah baharu, turut memperkenalkan tagline baharu iaitu ‘Inspirasi Utama Anda’. IKIMfm membawa strategi kandungan yang mengangkat tema inspirasi kepada semua selepas pelantikan Pengarah Pusat Media IKIM, Tn. Hj. Ahmad Fuad Mat Ali pada bulan lepas. Ahmad Fuad menyifatkan barisan penyampai yang bertenaga dan kandungan rancangan yang lebih segar dengan mengekalkan penyampaian mesej dakwah yang menjadi identiti IKIMfm bagi memacu objektif IKIM dalam menyampaikan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.  Penjenamaan semula menjadi wadah penting dalam penyampaian setiap rancangan IKIMfm dalam usaha meletakkan radio itu sebagai sumber inspirasi kepada para pendengarnya.  Menurut Ahmad Fuad, […]

trending_flat

Gobind sambut baik pelancaran PADU

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyambut baik pelancaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) semalam. Kata Gobind dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, PADU adalah salah satu usaha teknologi digital untuk menambah baik khidmat kerajaan kepada rakyat." "Inisiatif menerusi Kementerian Ekonomi ini amat dihargai supaya kerajaan dapat menambah baik usaha yang perlu untuk meningkatkan kebajikan rakyat. Data serta sistem pengenalan diri dalam talian merupakan asas penting dalam usaha transformasi digital negara. Melaluinya kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih bersasar dan berkesan kepada rakyat." katanya. Tambah Gobind, Kementerian Digital yang diterajuinya akan terus menyokong dan membantu menambah baik segala usaha kerajaan dalam mendepani kelangsungan dan cabaran ekonomi, khususnya dalam bidang digital yang akan datang. Objektif PADU yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi […]

trending_flat

MAMPU di bawah Kementerian Digital

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital. Sebelum ini MAMPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "MAMPU pastinya di bawah kementerian saya," kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang baru dilantik menerajui kementerian itu kepada Bernama, selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana di sini hari ini. Gobind diiringi Timbalan Menterinya Datuk Ugak Anak Kumbong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mereka juga diberi taklimat mengenai struktur dan operasi MAMPU oleh Ketua Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad. Tambah Gobind, masih ada aspek tertentu yang perlu dijelaskan dan diperhalusi dari segi skop kerja yang berada di bawah Kementerian Digital. "Memandangkan kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi," katanya dan menambah beliau mungkin akan mengadakan […]

trending_flat

J-KOM kini di bawah Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA 13 Disember 2023 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini diletakkan di bawah kementerian beliau. Sebelum ini ia di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau turut berkata bahawa tiada "merger" akan dilakukan di antara J-KOM dan Jabatan Penerangan (JaPen). Selain J-KOM, Bernama, IPPTAR, JaPen, Jabatan Penyiaran, Finas, MCMC dan MyCreative Ventures turut dikekalkan di bawah Kementerian tersebut. Manakala MDEC, MYNIC, Jabatan Perlindungan Data Peribadi diletakkan di bawah Kementerian Digital dan status DNB masih dibincangkan.

trending_flat

Jangan jadikan anak murid sebagai content di media sosial – Teo Nie Ching

Guru-guru dan ibu bapa diseru untuk berfikir secara mendalam sebelum memuat naik gambar atau video anak-anak ke media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, beliau menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang melarang guru-guru menjadikan anak murid sebagai ‘content’ di media sosial. “Memang pada zaman sekarang semua orang ada akaun media sosial, tetapi itu tidak bermaksud bahawa kita boleh ataupun perlu berkongsi apa-apa sahaja informasi dalam media sosial kita. “Kita perlu ingat bahawa murid-murid, pelajar-pelajar adalah golongan kanak-kanak yang belum mencapai umur dewasa,” katanya menerusi satu video pendek di laman sosial TikToknya. Jelasnya, informasi-informasi berkaitan anak murid ini adalah sangat-sangat sensitif dan kita sebagai orang dewasa perlu menjadi penjaga dan penyelamat kepada anak-anak bangsa. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam […]

trending_flat

Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI semarakkan bulan Hari Kebangsaan tahun ini

SEREMBAN 17 Ogos 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merasmikan Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Pusat Beli-belah Mydin, Seremban 2 hari ini. Program yang diadakan bersama-sama Kempen “OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena sambutan ulang tahun ke-66 Pusat Beli-belah Mydin bertujuan menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnyasyarikat swasta bagi menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang kini sedang berlangsung. Menurut KKD menerusi satu kenyataan hari ini, sebanyak 45 program Semarak Gemilang bakal dilaksanakan di seluruh negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023 dan setakat ini, 14 program telah dilaksanakan seperti di bawah : Manakala bagi Negeri Sembilan, sebanyak tiga (3) program telah diadakan dan dirancang iaitu di SMK Dato' Mansor, Bahau pada 1 Ogos 2023, Pusat Beli-belah […]

trending_flat

Jangan muat naik, kongsi kandungan berbaur kebencian, penghinaan terhadap Institusi Diraja – MCMC

CYBERJAYA 12 Ogos 2023 - Orang ramai diberi amaran agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan yang membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di dalam satu kenyataan hari ini, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja. Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali." kata MCMC. Tambah MCMC, tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undangundang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation