trending_flat

Konflik Palestin ujian kita mengurus keamanan global

Oleh: Rusli Abdul Roni Rejim Zionis telah mengakhiri gencatan senjata dan meneruskan serangan terhadap penduduk Palestin. Krisis kemanusiaan di Palestin nampaknya terus berlanjutan tanpa tanda-tanda akan segera berakhir. Bilangan mangsa kematian dan cedera kian bertambah, dan kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Agenda genosida Israel terhadap rakyat dan negara Palestin kelihatan bakal memusnahkan generasi Palestin secara keseluruhan. Rejim Zionis nampaknya tidak menghiraukan desakan antarabangsa, termasuk dari rakyatnya sendiri. Rusli Abdul Roni Yang paling membimbangkan ialah krisis yang tiada berpenghujung ini seolah-olah hanya dirasai oleh rakyat Palestin yang malang. Kanak-kanak, sebagai generasi penerus yang tidak bersalah, seharusnya memiliki ruang untuk membina masa depan yang selayaknya. Namun, dunia masih kedengaran penuh dengan retorik kosong tanpa tindakan yang jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Seolah-olah penyelesaian hanya berlaku di ruang perundingan, tanpa tindakan yang konkrit. Krisis Palestin bukan hanya ujian bagi rakyat dan negara Palestin, […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat HUT UTK ke-49

Sumber : Facebook rasmi PDRM KUALA LUMPUR, 1 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Unit Tindakhas (UTK) ke-49, di Masjid Bukit Aman, di sini. Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin sekitar jam 12.30 petang disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama isteri, merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid serta Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sebelum dibawa masuk ke Dewan Utama Masjid Bukit Aman. Majlis dimulai dengan bacaan yasin diikuti tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Pembantu Hal Ehwal Islam […]

trending_flat

PM berharap mangsa tragedi gempa bumi di Jepun tabah

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa simpati beliau dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di Jepun hari ini. "Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin. Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut." kata Anwar dalam satu hantaran di Halaman X rasmi beliau. Beliau berdoa semoga mereka yang terkesan, termasuklah rakyat Malaysia di Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat sukar tersebut.

trending_flat

Gempa bumi kuat berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 telah berlaku berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun pada pukul  3:10 petang hari ini. Menurut laporan media, Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu hari ini. Bagaimana punJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilalorkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:10 petang, 1 Januari 2024Koordinat: 37.6° Utara 137.3° TimurLokasi: Berhampiran Pantai Barat Honshu, JepunMagnitud: 7.0Jarak: 97km Utara dari Toyama,JapanKedalaman: 53 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pengurangan ketara jumlah mangsa banjir – NADMA

1 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat lima (5) daerah di tiga (3) negeri (Kelantan, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Menurut laporan tersebut, berlaku pengurangan ketara jumlah mangsa kepada 1,122 dalam tempoh 24 jam (berbanding 6,778 mangsa pada 31 Disember 2023). "Ia melibatkan 331 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 29 buah pada 31 Disember 2023 Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Tumpat, Kelantan (744 mangsa), Pasir Mas, Kelantan (274 mangsa) dan Segamat, Johor (54 mangsa)." kata laporan tersebut. Kata laporan itu lagi, penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjungsehingga 4 Januari 2024. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

trending_flat

Isu video tular beberapa individu menari di KL Base

Berhubung video tular di media sosial berkaitan aksi beberapa individu menari di permis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru baru ini, PDRM menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PPGU), Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert ‘Rock The World 2023 pada 16 Disember lepas. Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, PDRM berkata ihak polis juga telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Katanya, tapak konsert ini merupakan PPGU, PDRM yang lama. Ia juga telah ditutup serta telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation