trending_flat

ENCORP BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG EDAR 1,000 JALUR GEMILANG DI TELUK CEMPEDAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin bersama ENCORP mengedarkan bendera kepada pemandu kenderaan di Teluk Cempedak TELUK CEMPEDAK, 18 Sept (Bernama) -- Encorp Berhad (ENCORP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pemandu kenderaan dan pengunjung di sekitar Teluk Cempedak pada 14 September 2024. Program Cahaya Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang turut melibatkan kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan serta wakil daripada Komuniti Madani Daerah Kuantan. Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Ketua Penolong Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana binti Ismail diiringi bersama Ketua Jabatan Teknologi & Digital ENCORP, Ts. Mat Akher bin Hassan.Edaran 1,000 Jalur Gemilang ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta […]

trending_flat

Usah dipenjarakan jiwa dan mindamu merdeka ini

Oleh: Rusli Abdul Roni Merdekakan jiwamu dengan membebaskan hati dan minda dari belenggu dan penjajahan dari anasir luar yang melemahkan (Putra Mahirudin - Unsplash) Setiap kali bulan Ogos dan September tiba, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya terkenang kembali sejarah panjang perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan. Hari Kebangsaan disambut dengan pelbagai aktiviti patriotik yang penuh semangat—dari kibaran Jalur Gemilang di setiap penjuru negara hingga perarakan megah yang dihadiri oleh pemimpin negara, rakyat jelata, bahkan tetamu antarabangsa. Namun, hakikat kemerdekaan itu tentunya lebih mendalam daripada sekadar acara perayaan tahunan. Persoalan utama yang perlu kita renungi ialah, sejauh mana kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar? Adakah kita hanya merdeka secara fizikal, politik, ekonomi, sosial, dan budaya, atau masih ada ruang di mana jiwa dan minda kita terbelenggu? Sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, rakyat telah disatukan oleh […]

trending_flat

Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Bukti Keutuhan Patriotisme Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2023 – Seramai lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023. Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar belakang. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penglibatan 42 orang peserta dan penampilan khas 66 buah motosikal Royal Enfield. Turut dipamerkan ialah aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan 400 pergendangan, 36 kumpulan pancaragam dan persembahan khas Hari Kebangsaan 2023 bertajuk “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” oleh 1,500 orang peserta. Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama sambutan telah dijayakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan 67 kontinjen. Kontinjen ini dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri […]

trending_flat

Menyemarak semangat kemerdekaan di Royal Belum

Terpanggil dengan semangat kemerdekaan yang menebal, seramai 26 warga Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah menjayakan sebuah program amal menyantuni masyarakat orang asli di Royal Belum, Perak, yang dinamai “XPDC Royal Belum.” Ir Dr Nasrul Anuar bersama ikan yang berjaya dipancing dari kawasan tasik Pemandangan Tasik Banding yang saujana mata memandang menyambut kehadiran peserta ekspedisi Peserta ekspedisi bergambar kenangan bersama penduduk Kampung Klewang Peserta ekspedisi mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan air terjun yang berjaya didaki Para peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan Fakulti telah meluangkan masa selama tiga hari dan dua malam untuk ekspedisi ini, yang turut meliputi aktiviti fizikal dan rekreasi. “Tujuan utama program ini adalah bagi mengeratkan perpaduan di kalangan warga Fakulti Kejuruteraan melalui program berbentuk ekspedisi, yang turut memuatkan aktiviti berziarah ke perkampungan orang asli di Royal Belum,” kata Mohd Ridzal Abdul Samat yang merupakan Pengarah […]

trending_flat

Hari Kebangsaan ke-66: Timbalan KPN sambut ketibaan konvoi MADANI RIDE PDRM dan ISBC

SHAH ALAM 21 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyambut ketibaan Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike's Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang tadi. Kredit Foto-foto PDRM Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) selaku Penasihat Jawatankuasa program, CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah bertolak dari Ipoh, Perak pada jam 12.30 tengah hari dan selamat sampai di perkarangan IPK Selangor kira-kira jam 4.10 petang tadi. Jelajah konvoi yang berlangsung selama enam hari bermula 16 Ogos lalu, melibatkan 160 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan terdiri daripada warga PDRM serta ahli ISBC telah mengunjungi kesemua kontinjen di semenanjung Malaysia termasuk selatan Thailand. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan […]

trending_flat

Video promosi Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Orang ramai dijemput untuk sama sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya. Saksikan pelbagai acara menarik antaranya acara perbarisan dan perarakan, persembahan aksi tempur wira-wira negara, persembahan udara dan banyak lagi. https://youtu.be/1hZ4ZUJLQ9c

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 https://youtu.be/yWrq5OcYils Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun (HKHM) 2023 memperkenalkan Program KUARTET MERDEKA bagi membantu mengelorakan sambutan HKHM 2023 dan meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Program ini berkonsepkan Bual Bicara Khas secara eksklusif yang terdiri daripada empat orang ahli Jemaah Menteri iaitu: a. YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digitalb. YB Tuan V Sivakumar, Menteri Sumber Manusiac. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dand. YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Saksikan video Bual Bicara Khas bersama Hannah Yeoh.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation