trending_flat

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim. Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak. “Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya. Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton […]

trending_flat

RM1 Juta Diperuntukkan Untuk Dana Esukan KBS 2024

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 (Edisi Kedua) khusus untuk para pemegang taruh dan peminat ekosistem esukan tempatan. Dalam edisi kedua ini, jumlah peruntukan dana telah digandakan kepada RM 1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif esukan dianjurkan di negara ini. Susulan Dana Esukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari 2024, sebanyak RM250,000 telah diluluskan dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan. Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem esukan negara. Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara.  […]

trending_flat

Ganjaran untuk atlet Melaka cemerlang di Sukma Sarawak

Oleh SALMAN HAMAT / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Julai – Atlet yang menyumbangkan pingat buat Melaka di pentas Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) Sarawak, Ogos depan bakal menerima ganjaran daripada Kerajaan Negeri. Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, bagi atlet menyumbang emas Kerajaan Negeri menyediakan ganjaran berjumlah RM5,000 sementara itu perak RM3,000 manakala gangsa RM1,500. “Ganjaran ini bertujuan untuk menghargai semangat, dedikasi dan kesungguhan atlet kita dalam apa juga sukan demi mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas Sukma. “Ganjaran berkenaan adalah untuk atlet bagi sukan individu, sementara itu jika bawah lima orang akan ada perkongsian manakala sukan berpasukan seperti bola sepak pula akan ada kadar tertentu. “Selain atlet kita juga tidak melupakan pengorbanan jurulatih yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam membantu atlet meraih pingat. Mereka ini juga akan menerima ganjaran mengikut nilai tertentu atas kecemerlangan […]

trending_flat

Sukan & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Harimau Malaya bakal mengaum di Olimpik Paris 2024! Di sebalik semangat dan kegigihan atlet Olimpik kita membuat persediaan bagi pesta sukan terbesar dunia ini, segelintir rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia yang diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Dalam media sosial, rata-rata netizen merasakan bahawa rekaan baju atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak gah dan tidak setara dengan semangat atlet -atlet yang akan mewakili Malaysia di Paris. Penulis membaca kebanyakan komen dan dapat merasakan keghairahan dan semangat bangga rakyat Malaysia untuk menyokong kontinjen Malaysia di Paris kelak. Komen-komen dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris jelas memperlihatkan rasa kecewa mereka dengan rata-ratanya berharap agar pakaian seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia ini akan ditambahbaik. Melihat kepada senario reaksi rakyat Malaysia dalam hal ini sebenarnya membawa satu perasaan bangga di sudut kecil hati penulis […]

trending_flat

Fikirkan naturalisasi untuk ragbi

Oleh Dr Mohd Firdaus Abdullah Baru-baru ini, bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia, saya berkesempatan menonton perlawanan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 antara pasukan Malaysia menentang Hong Kong. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia tewas dengan keputusan 70 berbalas 6 kepada pasukan yang berada di ranking ke-24 dunia itu. Dr Mohd Firdaus Abdullah Namun, saya yakin pasukan Malaysia, atau dikenali sebagai Bunga Raya, yang berada di kedudukan ranking ke-47 dunia ini mampu memberikan persembahan yang lebih baik sekiranya mempunyai program dan perancangan yang strategik. Salah satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan adalah melalui program naturalisasi, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pasukan ragbi Hong Kong. Walaupun saya akui terdapat kemungkinan inisiatif sebegini akan menimbulkan perdebatan, pendekatan ini sebenarnya dapat memberikan peningkatan serta-merta dari aspek kemahiran, pendedahan antarabangsa, dan kelebihan daya saing, kepada pasukan ragbi kebangsaan. Dan peningkatan ini sudah pun berjaya dibuktikan di dalam sebuah […]

trending_flat

Mungkin masanya sudah tiba

Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan dunia berganda dalam Piala Dunia Sepak Takraw kategori Regu dan Bergu kelmarin menandakan satu pencapaian bersejarah. 2011 merupakan tahun pertama Piala Dunia Sepak Takraw diadakan di tempat yang sama, tetapi ketika itu, regu Malaysia telah tewas kepada Thailand 3-0. Penampilan kali ini bukan sahaja menamatkan penantian selama 13 tahun, tetapi kemenangan menewaskan Thailand dalam kedua-dua kategori menjadikan ia satu sejarah yang amat bermakna dalam sukan sepak takraw Malaysia. Kemenangan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada negara, tetapi juga membuka lembaran baru dalam usaha menaikkan keterlihatan sukan sepak takraw di mata dunia. Lebih membanggakan, kejayaan ini dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand, yang selama lebih sedekad mendominasi arena sepak takraw antarabangsa. Dr Mohd Firdaus Abdullah Malaysia kini berada dalam posisi yang kukuh untuk mempromosikan sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan […]

trending_flat

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman  PASIR GUDANG - PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan Kategori Menengah Kejohanan Merentas Desa MSSD Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2024 yang berlangsung di Bukit Layang-layang, Johor. Anugerah kejohanan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Puan Kartini Sahirin kepada Pengetua SMK Kota Masai, Puan Saridah Abd Majid bersama barisan pendidik dan atlet SMK Kota Masai yang diketuai oleh Puan Jamilah Ali, Guru Penolong Kanan Pemdidikan Khas. Pencapaian ini membawa makna yang besar kerana ia membuktikan bahawa usaha berterusan yang dilaksanakan oleh barisan pendidik dalam memperkasakan ekosistem pendidikan termasuklah pembangunan sukan dan akademik bagi MBPK dijalankan dengan baik. Gambar barisan atlet dan Quarter Master, bersama pengurus pasukan, Cikgu Nursyamimi Pengiktirafan ini membuktikan bahawa dengan kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan penting bagi program akademik dan aktiviti pembangunan sukan dapat memberi sinar dalam melahirkan MBPK cemerlang dan berprestasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation