trending_flat

Konsep BNPL galakkan rakyat Malaysia berhutang

Oleh Dr. Nurul Ashikin Binti Alias Perkembangan trend semasa perniagaan di platform e-commerce menunjukkan perubahan yang pantas dan lebih mendapat sambutan semenjak berlakunya pandemik COVID-19. Sebelum wujudnya era perniagaan platform e-commerce, kaedah pembelian yang dilakukan oleh pengguna adalah secara konvensional iaitu pengguna perlu pergi ke kedai tersebut secara fizikal dan membeli untuk mendapatkan barang yang dikehendaki. Namun kini, terdapat pelbagai platform e-commerce yang berada di pasaran sama ada Shopee, Lazada, Ebay, Etsy dan pelbagai lagi yang saling bersaing antara satu sama lain. Dr. Nurul Ashikin Binti Alias Bagi menarik pengguna untuk menggunakan platform tersebut, pelbagai strategi pemasaran dan perniagaan yang telah dilakukan bagi memastikan kelangsungan perniagaan tersebut. Antara strategi perniagaan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan kaedah pembayaran melalui Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Dahulu Bayar Kemudian. Melalui kaedah ini seseorang individu boleh membeli sesuatu item dan membayar item […]

trending_flat

Pos Malaysia Meluaskan Jejak Runcit dengan Pembukaan PosShop Ke-17 di Kuantan

Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, kembali meneruskan perjalanan transformasi runcitnya dengan pelancaran kedai serbaneka Pos Shop terbaharu. Cawangan baharu itu, terletak di dalam Pejabat Pos Besar (GPO) di Jalan Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Ini menandakan Pos Shop ke-17 setakat ini. Kini, Pos Malaysia mempunyai 17 lokasi Pos Shop di seluruh negara, dengan tiga di Pahang, tiga di Kuala Lumpur, dua di Selangor, dua di Perak, lima di Johor, satu di Melaka, dan satu di Negeri Sembilan. Pos Shop di GPO Kuantan yang berkeleluasan lebih 1,800 kaki persegi menawarkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat, menggabungkan perkhidmatan pos dan bungkusan dengan ruang runcit yang selesa untuk keperluan harian. Sebagai tambahan, Pos Shop di Kuantan mempunyai Pos Kafe yang popular di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan seperti secawan kopi segar, makanan ringan, dan minuman sambil menunggu […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025

LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari telah melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. Menurut Tourism Malaysia, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan duriandi Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Saidi Bundan berkata pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh […]

trending_flat

Majlis AIDS Malaysia memohon sokongan media untuk menghapuskan prejudis terhadap Orang Yang Hidup dengan HIV

KUALA LUMPUR 26 Jun 2024  - Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyeru para pengamal media tempatan untuk lebih sensitif terhadap sentimen negatif atau prejudis yang mendiskriminasikan Orang Yang Hidup dengan HIV di lapangan media. Seruan ini dibuat susulan daripada penerbitan artikel oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka yang telah mendedahkan status HIV seorang wanita hamil yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tanpa kerelaan beliau. Artikel yang diterbitkan pada 19 Jun 2024 itu telah menjadi buah mulut percakapan orang ramai serta tular di media sosial. Pendedahan status HIV wanita berkenaan -  yang dibuat dalam konteks perbicaraan kes jenayah yang sedang berlangsung pada ketika itu - secara tidak langsung telah membina konotasi negatif terhadap komuniti Orang Yang Hidup dengan HIV. Situasi ini dikhuatiri akan menggalakkan lagi stigma dan diskriminasi terhadap komuniti ini. “ MAC, yang mewakili suara lebih daripada 70,000 ODHA di seluruh negara, mendukung harapan […]

trending_flat

Samaiden Tandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Gruppe Lighting Solution untuk Memajukan Inisiatif Tenaga Boleh Diperbaharui

PETALING JAYA, 26 Jun 2024 – Samaiden Group Berhad ("Samaiden"), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”), bersama-sama dengan pelaburan aset solar photovoltaic ( sistem “PV”) dan loji tenaga boleh diperbaharui yang lain, dengan sukacitanya mengumumkan anak syarikat milik penuh Samaiden, Samaiden Sdn. Bhd. (“SSB”), sedang menandatangani Perjanjian Kerjasama Perniagaan (“Perjanjian”) dengan Gruppe Lighting Solution Sdn. Bhd. ("Gruppe"). Perkongsian strategik ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan penyelesaian pencahayaan yang inovatif dan cekap tenaga yang disepadukan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui. Gruppe ialah pakar pencahayaan yang mapan di Malaysia, pakar dalam pencahayaan awam, lampu pelabuhan/lapangan terbang, lampu industri dan komersial, lampu sukan dan pencahayaan seni bina. Gruppe menawarkan teknologi terkini dan penyelesaian cekap tenaga kepada pelbagai industri, menjadikannya salah satu pemain terkemuka dalam sektor penyelesaian pencahayaan. Di bawah Perjanjian itu, Samaiden dan Gruppe akan bekerjasama untuk membangunkan dan melaksanakan sistem lampu jalan solar […]

trending_flat

Sukan & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Harimau Malaya bakal mengaum di Olimpik Paris 2024! Di sebalik semangat dan kegigihan atlet Olimpik kita membuat persediaan bagi pesta sukan terbesar dunia ini, segelintir rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia yang diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Dalam media sosial, rata-rata netizen merasakan bahawa rekaan baju atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak gah dan tidak setara dengan semangat atlet -atlet yang akan mewakili Malaysia di Paris. Penulis membaca kebanyakan komen dan dapat merasakan keghairahan dan semangat bangga rakyat Malaysia untuk menyokong kontinjen Malaysia di Paris kelak. Komen-komen dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris jelas memperlihatkan rasa kecewa mereka dengan rata-ratanya berharap agar pakaian seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia ini akan ditambahbaik. Melihat kepada senario reaksi rakyat Malaysia dalam hal ini sebenarnya membawa satu perasaan bangga di sudut kecil hati penulis […]

trending_flat

Chery labur RM1 Bilion di Malaysia – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi satu video mengenai pelaburan syarikat Chery di Malaysia yang bernilai RM1 bilion. Dalam satu posting ringkas di Halaman X rasmi beliau, Zafrul turut menepis dakwaan bahawa Kerajaan banyak membuat pengumuman mengenai pelaburan tetapi tiada hasilnya. "Banyak pelaburan dah umum tapi tak nampak hasil. Betul ke? Tak betul! Saya bagi contoh mudah, Chery yang menyatakan komitmen melabur RM1 bilion tahun lepas, kini dah buka kilang pemasangannya di Shah Alam! Takkan hari ni umum, esok terus nak nampak kilang naik?" kata Zafrul. https://twitter.com/i/status/1805572000846635009

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation