trending_flat

Kisah Perpaduan

Oleh Pak Tua Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu aku mula menjadi seorang pemandu GRAB. Demi kelansungan hidup, pekerjaan aku di dunia glamor tidak menjanjikan kesenangan apabila ia dipenuhi dengan persaingan kotor demi untuk kekal relevan dalam dunia tv dan filem. Untung sebelum ini aku pernah menjadi pemandu E-Hailing di bawah platform UBER. Kini Uber tidak ada lagi dan di ambil alih sepenuhnya oleh GRAB. Aku kembali memandu beratus ratus kilometer dan menjadi kumpulan yang setia menanti giliran di sebuah tempat menunggu khusus untuk pemandu GRAB dan E-Hailing yang lain di KLIA untuk menanti giliran sebelum mendapat pelanggan yang kebiasaannya hadir dengan upah yang agak tinggi. Tempat menunggu ini agak selesa kerana ia ada kantin, meja dan tidak kurang ada yang melepak dalam surau yang ada di dalam bangunan itu. Di sini aku menyedari bahawa pemandu GRAB ini tidak tertumpu […]

trending_flat

Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 Iktiraf Peningkatan Prestasi Sektor Industri Malaysia

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024, bagi mengiktiraf syarikat-syarikat Malaysia yang menunjukkan kecemerlangan dari segi amalan pengurusan, kualiti produk dan perkhidmatan serta memberikan nilai tambah berterusan kepada pemegang taruh. Sejak diperkenalkan pada tahun 1991, anugerah ini telah menjadi acara dwi-tahunan yang dinanti-nantikan oleh para pemain industri. Sebanyak 13 kategori dipertandingkan dalam AKI 2024, dengan tiga anugerah utama iaitu Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan (tiga kategori), Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan (empat kategori), dan Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka (satu kategori). Selain itu, satu pemenang dari lapan kategori ini telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri, anugerah paling berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan industri oleh kerajaan. Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, yang juga telah menyampaikan Anugerah Perdana Menteri kepada pemenang yang terpilih. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, selaku […]

trending_flat

Pos Malaysia Mengutamakan Kesejahteraan Kakitangan dengan Pelancaran Program Inovatif ‘FIT’

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2024 – Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dengan bangganya memperkenalkan inisiatif kesejahteraan kakitangan terbaharunya, FIT – program komprehensif yang disampaikan melalui platform mudah alih penglibatan kakitangan iaitu Kyzense. Melalui program FIT, ia menandakan satu lagi langkah penting dalam komitmen Pos Malaysia terhadap kebajikan kakitangan yang dibangunkan dengan Kerjasama bersama Naluri, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan digital terkemuka di Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, mengesahkan komitmen syarikat terhadap tenaga kerjanya, dengan menyatakan, “Pos Malaysia berdedikasi untuk kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami seramai 14,000 orang. Mempunyai kakitangan yang bermotivasi tinggi, saling bergandingan dan selamat adalah bahagian penting dalam strategi tertumpu transformasi kami, dan kami melaksanakannya dengan memastikan kami mewujudkan persekitaran yang menakjubkan dan selamat di mana pasukan yang luar biasa kami boleh berkembang, dan ini bermakna memastikan […]

trending_flat

Jemputan Perkahwinan Guna Fail Apk Adalah Taktik Penggodaman

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pemerhatian JomCheck mendapati bahawa wujudnya satu tindakan meragukan di aplikasi WhatsApp iaitu dengan menghantar jemputan perkahwinan menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) yang perlu dimuat turun kononnya bagi mendapatkan maklumat jemputan tersebut. Semakan mendapati bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi APK. STATUS: BENARPENJELASAN: Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa mesej jemputan perkahwinan berkenaan akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar selaku kenalan mangsa agar mangsa memuat turun fail APK tersebut supaya mereka memperolehi akses penuh kepada telefon mangsa. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-ramai-diminta-waspada-jangan-muat-turun-sebarang-apk-473327 Isi lain yang perlu diberi perhatian adalah: a. Fail APK yang diterima secara tidak sah melalui mesej atau e-mel mempunyai perisian hasad atau ‘malware’ […]

trending_flat

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

“Mamak.. teh tarik satu, tapau” Komposisi ayat mudah yang menggabungkan bahasa kaum yang majmuk di Malaysia dan sering kita gunakan tanpa kekok di semua lapisan masyarakat, malah juga di kalangan anak-anak kecil. Mungkin ada yang melihat konteks penggunaan bahasa “rojak” ini sebagai rutin biasa, namun tanpa kita sedari semangat meraikan kepelbagaian kaum juga ini dapat kita lihat di dalam pergaulan seharian rakyat Malaysia, samada di peringkat persekolahan, ruang pekerjaan malah di dalam komuniti dan masyarakat. Bukanlah satu pemandangan luar biasa apabila  kita melihat interaksi antara pelbagai bangsa dan agama yang mesra di Malaysia ini, malah turut menjadi pujian pelancong luar negara yang datang ke sini. Semangat kepelbagaian ini adalah tunjang kepada perpaduan di Malaysia yang telah disemai sejak dahulu lagi dan melalui semangat ini jugalah yang telah mendorong Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah […]

trending_flat

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia seramai 12 orang warganegara Indonesia dalam satu Operasi Khas pada 6 Jun 2024 di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor. Operasi yang bermula pada jam 8.05 malam melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Menurut Ketua Pengaran JIM Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak dan bertembung dengan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Proton Waja yang dipandu oleh tiga orang suspek dalam keadaan mencurigakan. Kesemua suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas. "Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan disyaki sebagai ‘mastermind’ berusia dalam lingkungan 47 […]

trending_flat

Go Hub Capital Berhad Meterai Perjanjian Taja Jamin dengan UOB Kay Hian Securities

KUALA LUMPUR, 07 JUN 2024 – Go Hub Capital Berhad (“Go Hub” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (“UOBKH”) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Orang awam Malaysia 20,000,000 saham IPO disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia. Orang yang layak 12,000,000 saham IPO dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan. Penempatan persendirian kepada pelabur terpilih 75,180,000 saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti. UOBKH akan menaja jamin 32,000,000 saham IPO yang disediakan kepada orang awam Malaysia dan orang yang layak sebagai sebahagian daripada perjanjian taja jamin. IPO ini tidak melibatkan tawaran jualan dan penempatan kepada pelabur Bumiputera yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation