Adakah Teknologi AI Memberikan Kebaikan atau Keburukan?
Oleh Nur Hidayah Binti Rahmat & Nuraimiza Dhaniyah Binti Abd Rahim Apakah itu teknologi AI? Teknologi AI dari Artificial Intelligence atau juga dikenali sebagai Kecerdasan Buatan. Teknologi ini merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mempunyai kesamaan dalam pemikiran manusia serta mampu melakukan tugas dan fungsi yang mirip seperti manusia. Teknologi AI cenderung digunakan secara khusus dalam tugas-tugas tertentu. Adakah teknologi AI ini mempunyai kesan yang lebih baik dalam bidang pendidikan ataupun sebaliknya? Hal ini dapat dibuktikan dengan penulisan akhbar yang mengkhususkan teknologi AI dalam bidang pendidikan serta membincangkan kebaikan dan keburukannya terhadap masa depan sistem pendidikan kita. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi kercerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian penting dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Penggunaan AI dalam sektor pendidikan menawarkan pelbagai kebaikan yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, […]