trending_flat

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir mengkafir kepada saudara seagama telah muncul seawal era sahabat. Khawarij merupakan kumpulan pertama yang muncul mengkufurkan mereka yang tidak sealiran pandangan dengan mereka. Gejala seperti ini berterusan sehingga ke masa kini. Ia lebih genting apabila wacana tentang kafir, munafiq, fasiq dan lain-lain diukur nilai menurut lensa politik dan bukannya menurut perspektif akidah yang sahih. Gejala ini lebih berleluasa dengan perkembangan media sosial di mana wacana tentang hukum akidah ini dibahas pula oleh orang awam yang majoritinya tidak berkeahlian dan cenderung pula kepada perspektif pegangan politik yang tertentu. Walau apapun bentuk perkembangannya, faktor utama kepada gejala kafir-mengkafir ini berlaku apabila salah faham terhadap maksud nas sama ada dalam al-Quran dan juga hadis. Dalam ajaran Islam, selain nas sebagai sumber agama, kaedah dalam memahami nas juga adalah setara penting bagi […]

trending_flat

Impact Malaysia berjaya membangkitkan semangat 864 orang Changemaker muda melalui lawatan pertama Jelajah Impact

SHAH ALAM, 21 September 2023 -  Jelajah Impact telah memulakan lawatan pertamanya semalam bersama 864 peserta di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13 Shah Alam. "Jelajah Impact: Edisi Changemaker" adalah program outreach yang terdiri daripada bengkel separuh hari di 6 institusi pendidikan tinggi di mana peserta akan didedahkan dengan isu-isu sosioekonomi, cerita perubahan dan bagaimana seseorang anak muda boleh menjadi sebahagian daripada pembuat perubahan tersebut menerusi program Jelajah Impact. Jelajah ini dianjurkan khusus untuk menarik minat peserta terutamanya para belia bagi menyertai Akademi Impact iaitu program inkubator khusus untuk changemakers. Jelajah Impact dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan UniKL. Seramai 50 orang peserta Jelajah Impact akan dipilih untuk menyertai Akademi Impact yang dijangka akan dijalankan pada November 2023. Pada tahun 2022, Impact Malaysia telah berjaya mengadakan Jelajah Impact dengan tema […]

trending_flat

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI - "Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan dan cinta arwah kepada kami, " kata Mohd Suhairy Hashim, 46. Mohd Suhairy memberi reaksi itu ketika ditemui selepas menerima Skrol Sijil Servis Kenderaan Ringan mewakili arwah anaknya, Muhammad Danial yang meninggal dunia akibat kemalangan Januari lalu. Skrol sijil berkenaan disampaikan oleh Profesor Teknologis Dr. Ali Selamat, Dekan Malaysia Japan International Institute Of Technology, Universiti Teknologi Malaysia merangkap Ahli Lembaga Peperiksaan Dan Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik pada Sidang ke-7 Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), disini, semalam. Sementara itu, ibu arwah, Azlina Musa berkongsi arwah anaknya itu memang meminati bidang automatif dan bercita-cita untuk bekerja di syarikat automatif utama di negara ini setelah tamat pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Katanya, setelah tamat pengajian, Muhammad Danial bekerja di […]

trending_flat

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (Wilayah Pantai Timur) dan Maybank Cawangan Kuantan telah mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser di Dewan Komplek Sukan Bukit Fraser, Raub pada petang semalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man. Menurut Tourism Pahang, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank bagi memastikan Negeri Pahang menjadi negeri pintar melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran. "Penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melaluiplatform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagimengurangkan jurang digital di kalangan bandar. Usaha ini juga memerlukan perancangan rapi serta penglibatan setiap jabatan dan agensi untuk merangka dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation