trending_flat

KESUMA akan pastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar.

SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, STEVEN SIM PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata kementeriannya akan terus mengadakan sesi libat urus bagi meneliti setiap maklum balas berkaitan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar serta ditambah baik dari semasa ke semasa. Beliau berkata telah mengarahkan supaya kajian lanjut dijalankan dengan menimbangkan pelaksanaan dasar baharu itu berdasarkan beberapa aspek termasuk mengikut kawasan geografi dan sebagainya. "Saya sudah memberi arahan untuk kajian seterusnya. Kita akan teruskan sesi libat urus untuk menerima maklum balas dari semua pihak. "Tetapi kita juga akan membuat kajian unuk melihat kesesuaian pelaksanaan kadar gaji minimum ini mengikut perbezaan contohnya dari segi geografi dan dari segi dan keadaan ekonomi sesuatu kawasan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) yang menyenaraikan empat […]

trending_flat

KPS pastikan keselamatan laluan di darat, udara, laut

Tangkap Layar dari Video, Sumber dari Sosial Media Facebook, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA: Kawalan Perbatasan dan Sempadan (KPS) bukan sekadar untuk memastikan kelancaran pergerakan tetapi lebih penting adalah memastikan keselamatan laluan di darat, udara, dan laut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata pelancaran KPS yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kawalan sempadan negara lebih sistematik dan berkesan dengan penubuhan sebuah agensi tunggal. "Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan KPS ini," katanya. Menurut Saifuddin sebagai sebuah agensi baharu, KPS mempunyai beberapa Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan iaitu kecekapan sistem penyampaian. Beliau berkata KPS menggabungkan pelbagai agensi yang sebelum ini bertanggungjawab mengawal sempadan negara. "Dengan adanya agensi tunggal ini, sistem penyampaian […]

trending_flat

AI-Media akan Memperkenalkan Penyelesaian Bahasa Terkini di ISE 2025

BARCELONA, Sepanyol, Jan. 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — AI-Media, peneraju global dalam penyelesaian kapsyen dan terjemahan dikuasakan AI, teruja mengumumkan penampilan sulungnya di Integrated Systems Europe (ISE) 2025, acara terkemuka dunia untuk teknologi AV dan penyelesaian bersepadu. Dari 4 hingga 7 Februari di Barcelona, AI-Media akan menunjukkan inovasi termajunya yang merevolusikan kebolehcapaian, mempertingkatkan penglibatan khalayak dan mengukuhkan pengembangannya di seluruh Eropah. Para hadirin boleh melawat AI-Media di Reruai #4G500 untuk mengetahui cara penyelesaiannya mentakrifkan semula masa depan sari kata dan kebolehcapaian untuk penyiar dan profesional AV. Merintis Inovasi di ISE 2025 AI-Media sedang menetapkan standard baharu dalam aliran kerja kebolehcapaian dengan teknologi dipacu AInya, yang bersepadu secara lancar ke dalam infrastruktur SDI dan IP sambil menyokong keupayaan API dan GPI termaju. Pengunjung yang melawati gerai AI-Media akan mengalami: Kapsyen Dikuasakan AI LEXI Live: Mencapai ketepatan yang tiada tandingannya, respons masa […]

trending_flat

Baung ekor merah ancam ekosistem, pendapatan nelayan

Oleh: Mohamad Ameruddin Malaseng, Prof Madya Dr Hasmahzaiti Omar Baung ekor merah, dengan nama saintifik Hemibagrus wyckioides, ialah spesies ikan air tawar yang berasal dari lembangan Sungai Mekong, Mae Klong dan Chao Phraya di Indochina. Ikan ini berada dalam keluarga baung iaitu Bagridae dan merupakan sejenis ikan bermisai daripada order Siluriformes. Ia spesies terbesar dalam keluarga tersebut, mencapai panjang sehingga 130 cm dan berat 80 kg. Biasanya, ikan ini ditemukan hidup di hulu sungai yang berbatu dan berpasir, serta akan berhijrah ketika musim hujan untuk membiak. Ikan ini ialah ikan pemangsa yang memakan kebanyakan hidupan akuatik. Ia mudah dibezakan dengan ikan lain dalam keluarga Bagridae melalui sirip kaudalnya yang merah terang. Ia tidak termasuk dalam spesies terancam. Kehadiran baung ekor merah di Malaysia bermula apabila ia diperkenalkan untuk pasaran tempatan sungguh pun negara sudah mempunyai spesies baung tempatan seperti baung […]

trending_flat

BANK RAKYAT SUMBANG RM144,000 KEPADA 72 SEKOLAH, 460 KOMPUTER KEPADA 55 SEKOLAH DI KADAMAIAN DAN PENAMPANG.

PENAMPANG, 2 Februari – Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40. Selain bantuan persekolahan, Bank Rakyat turut menyumbangkan 460 set komputer kepada 55 buah sekolah di kedua-dua kawasan itu. Sumbangan itu disampaikan melalui Program Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di SK Piasau Kota Belud dan SMK Limbanak, Penampang, yang berlangsung semalam disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Ketika berucap Ewon berkata, ini menunjukkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam memperkasakan pendidikan dan membantu pelajar yang memerlukan. “Bagi pihak pelajar dan sekolah yang menerima sumbangan-sumbangan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana terus menjadi sebahagian daripada penyelesaian keperluan dalam gerakan pendidikan bagi melengkapkan usaha sedia ada khususnya yang dilaksanakan oleh […]

trending_flat

Kerajaan Madani komited pastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan

(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL) PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan Madani komited untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan. Beliau berkata semalam telah membuat lawatan mengejut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar bagi meninjau sendiri keadaan aliran keluar masuk di pintu sempadan ini. "Kerajaan Madani komited untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan negara," katanya di Facebook. Beliau berkata lawatan mengejut itu dibuat selepas menghadiri satu program di Alor Setar semalam. Menurut Saifuddin, baru-baru ini beliau telah menerima beberapa aduan serta rungutan berkaitan isu kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar. "Justeru, saya ingin melihat sendiri keadaan di lapangan serta meneliti keberkesanan sistem yang sedang digunakan. "Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus menambah baik operasi […]

trending_flat

Steven Sim kongsi kemeriahan CNY di rumah warga emas Bukit Mertajam

SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, STVEN SIMS PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di rumah warga emas di Bukit Mertajam. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas itu "Tahun Baru Cina ini, saya berkongsi sedikit kemeriahan dengan 'uncle aunty' yang tinggal di rumah warga emas di Bukit Mertajam. "Di kalangan mereka ada yang uzur dan kurang sihat. Namun, senyuman di wajah mereka ketika saya datang melawat dan menyampaikan angpau menyentuh jiwa saya," katanya di Facebook. Beliau turut berterima kasih kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Dr Han Lim yang menguruskan rumah warga emas itu. "Terima kasih Dr Han Lim, sahabat saya, yang menguruskan rumah jagaan warga mas Permai Senior Club ini. Beliau amat berdedikasi menjaga setiap warga mas yang menghuni di sana. "Setiap mereka dijaga seperti ahli keluarga beliau sendiri. "Saya doakan agar uncle aunty akan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation