trending_flat

Peranan pendidikan dan media sosial dalam melindungi hak masa depan anak kita 

Oleh: Dr. Siti Idayu Hasan, Prof. Madya Dr. Farizah Mohd Hairi Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November 2024, yang bertemakan "Untuk setiap kanak-kanak, setiap hak," kita terpanggil untuk menghormati hak asasi generasi muda kita. Antara hak yang paling utama adalah hak kesihatan, pendidikan berkualiti, dan perlindungan daripada pengaruh berbahaya.  Hari ini, salah satu ancaman paling bahaya kepada kesejahteraan kanak-kanak adalah peningkatan penggunaan rokok elektronik dan vape di kalangan remaja. Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang baru dilaksanakan di Malaysia pada 1 Oktober, menyediakan rangka kerja undang-undang yang sangat penting untuk menangani isu ini. Namun, undang-undang sahaja tidak mencukupi; kita perlu memanfaatkan pendidikan dan media sosial sebagai sekutu kuat dalam perjuangan ini.  Penggunaan vape telah mendapat populariti yang membimbangkan di kalangan remaja, ditambah lagi dengan tempoh masa yang banyak dihabiskan oleh golongan muda di media […]

trending_flat

TCT NUTRACEUTICALS KUKUH JARINGAN DI TIMUR TENGAH MELALUI MIHAS@DUBAI 2024

Pengarah Urusan TCT Nutraceuticals Toms Wu (kiri) ketika sesi perbincangan bersama Anusha Malik (tengah), dari Matrix Pharma, Pakistan dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena MIHAS@Dubai 2024. DUBAI, 19 November 2024 – TCT Nutraceuticals Sdn Bhd, pengeluar kosmetik OEM/ODM terkemuka di Malaysia, mencapai kejayaan dalam memperluas jaringan perniagaan di Timur Tengah melalui penyertaan mereka dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS@Dubai) yang berlangsung di Dubai World Trade Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 18 hingga 20 November. Acara ini mengukuhkan komitmen TCT dalam memperkenalkan produk kosmetik halal OEM Malaysia ke pasaran global. Toms Wu (kiri) bersama Azreen (empat dari kiri) dan Kurt Hugh Paul Cordiglia (tiga dari kiri) pada program INSP sempena MIHAS@Dubai 2024 hari ini. Sepanjang pameran ini, delegasi TCT yang terdiri daripada Pengarah Urusan; Toms Wu, Pengarah Pembangunan Perniagaan; Azreen Azman, Pengarah Pemasaran; Taevin Teh […]

trending_flat

BYD menekankan kerjasama yang kuat dengan rakan kongsi dalam pasaran penyimpanan tenaga semasa persidangan rakan kongsi

SHENZHEN, China, Nov. 19, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — BYD Co. Ltd. mengembangkan program rakan kongsi untuk penyelesaian BYD Energy Storage. Sebagai sebahagian daripada program itu, BYD telah mengadakan persidangan rakan kongsi di ibu pejabat BYD pada bulan November 2024, yang mana rakan kongsi berpeluang untuk menyuarakan pengalaman mereka, berbincang dengan pasukan teknikal dan menerima pratonton eksklusif mengenai produk dan ciri baharu yang akan datang. “BYD telah melabur secara berterusan dalam R&D dan juga kemudahan pengeluaran untuk memastikan penyelesaian penyimpanan tenaga bukan sahaja menerajui gelombang inovasi tetapi juga dihasilkan dengan standard keselamatan tertinggi dan cara yang menjimatkan kos,” kata Yin Xiaoqiang, Pengurus Am BYD Energy Storage. “Satu lagi faktor penting dalam pembangunan produk kami adalah dialog aktif dengan rakan kongsi dan pelanggan kami. Oleh itu, pertemuan tetap dengan rakan kongsi dari sektor pengedaran dan pemasangan merupakan sebahagian daripada program rakan kongsi kami. Kami […]

trending_flat

Pemimpin agama berkualiti tunjang perpaduan masyarakat majmuk

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Perbincangan berkaitan aspek pemimpin mahupun ketua sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada perbincangan kepimpinan (leadership). Justeru perbincangan Pemimpin Agama (religious leader) juga tidak akan lari daripada persoalan Kepimpinan Agama (religious leadership). Ini adalah kerana kepimpinan agama itu adalah perbincangan yang bersifat umum dan perbincangan pemimpin agama ini adalah bersifat khusus. Penulisan ini akan memberi fokus kepada persoalan pemimpin agama di mana merujuk kepada golongan yang mengetuai kumpulan agama dengan ciri-ciri khusus seperti mempunyai latarbelakang pendidikan agama, menjawat jawatan-jawatan penting di dalam organisasi-organisasi agama dan juga menjadi rujukan kepada masyarakat di bawah kepimpinannya berkaitan hal-hal keagamaan dan secara khusus dalam aspek membina toleransi antara agama dalam masyarakat majmuk. Pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia telah melalui satu trasformasi (1980-2000) daripada bersifat tuntutan satu pihak kepada satu pihak yang lain kepada suatu keperluan di dalam masyarakat Malaysia […]

trending_flat

TV ALHIJRAH BAWA PEMBELAJARAN AL-QURAN KE PLATFORM TIKTOK MENERUSI RANCANGAN IQRA

TV AlHijrah membawakan satu inisiatif baharu dalam menjalankan misi dakwah platform digital dengan melancarkan IQRA, sebuah program celik al-Quran di aplikasi TikTok. Dengan kerjasama Darul Fikir, program ini bertujuan menghidupkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berilmu yang berlandaskan prinsip rohani dan intelektual, menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan seharian. IQRA dilihat mampu menjadi platform yang menjadikan Malaysia sebagai negara unggul dalam ilmu dan akhlak, di mana al-Quran menjadi teras kehidupan seharian. Ini selari dengan hadis Nabi SAW tentang kelebihan membaca al-Quran yang berbunyi: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (Riwayat Muslim). Disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam, rancangan ini akan membawa penonton untuk mempelajari asas-asas bacaan al-Quran, kaedah tarannum, tajwid, serta mendalami […]

trending_flat

97% Shopee Affiliate Terus Menyokong Perniagaan Tempatan

Tinjauan mendapati 85% Shopee Affiliate lebih kerap mempromosikan jenama tempatan, dengan kadar penglibatan penonton tempatan yang tinggi sebagai kunci kejayaan KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2024 – Keseronokan membeli-belah 11.11 masih dirasai pembeli-belah dan penjual tempatan, namun walaupun kempen ini sudah tamat, ahli Shopee Affiliate masih terus memacu penglibatan pengguna terhadap penjual tempatan seluruh Malaysia. Tinjauan mendapati 97% ahli affiliate menunjukkan minat yang kuat untuk menyokong penjual tempatan. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan penjual tempatan, mengiktiraf nilai unik, keaslian, dan pengekalan budaya mereka. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang bagaimana ahli Shopee Affiliate menyumbang kepada kejayaan penjual tempatan, Shopee telah menjalankan tinjauan bagi memahami pengalaman dan perspektif unik mereka. Lebih 85% ahli Shopee Affiliate menyatakan bahawa mereka lebih kerap mempromosikan jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa, dengan mendedikasikan sebahagian besar usaha mereka untuk menyokong produk tempatan. Dengan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Tenggara Kepulauan Ryukyu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda enggara Kepulauan Ryukyu pada jam  8:16 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:16 malam, 17 November 2024Koordinat: 29.0° Utara 131.3° TimurLokasi:  Tenggara Kepulauan RyukyuMagnitud: 6.0Jarak: 298km Selatan dari Kagoshima,JapanKedalaman: 52 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation