KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula
PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk. Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar "Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Dato’ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah." kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau. Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah […]