Semangat Asean kuat di EMM14 – Fadillah
LIMA, PERU - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata Semangat Asean begitu kuat sekali pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-14 (EMM14) di Lima, Peru, pada 15 dan 16 Ogos 2024, selain kejayaan mesyuarat itu sendiri yang telah mengeluarkan ‘Lima Statement’ - Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri Tenaga APEC Ke-14 . Menurut Fadillah menerusi satu ciapan di Halaman X beliau, ‘Lima Statement’ menekankan komitmen ekonomi APEC untuk meningkatkan kerjasama dan kolaborasi ke arah memacu pembangunan tenaga secara menyeluruh dan lestari di rantau Asia-Pasifik. "Selain menyuarakan pandangan Malaysia dalam tiga sesi intervensi pada mesyuarat EMM14 APEC selama 2 hari itu, saya turut mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan Asean. Saya telah mengadakan pertemuan dan perbicangan dua hala dengan Low Yen Ling (Singapore Senior Minister of State for the Ministry of Trade and Industry and […]