trending_flat
Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali pernikahan sudah pastinya adalah bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Secara dasarnya sebuah unit keluarga asas adalah terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Namun, kini seiring dengan perkembangan semasa dan pengaruh pemikiran dan budaya yang merentasi sempadan, konsep pemikiran dalam pembentukan keluarga bagi pasangan yang baru berkahwin telah mula cenderung kepada perkahwinan bebas anak atau dengan kata lain disebut sebagai ‘childfree marriage’. Pemikiran ini sudah pastinya mempunyai pengaruh dan tanggapan dari pelbagai perspektif. Jika dilihat pada sejarah asal usul terbentuknya prinsip pemikiran ini adalah dari pemikiran masyarakat yang tinggal di negara-negara barat kerana majoriti mereka adalah berpegang kepada prinsip kebebasan dalam kehidupan mereka. Dalam erti kata lain apabila mereka telah mencapai umur tertentu golongan ini bebas menentukan apa sahaja yang ingin mereka lakukan terhadap diri dan juga kehidupan […]

trending_flat
Alibaba.com Bekerjasama dengan IOC Dorong Atlet ke arah Keusahawanan

Alibaba.com akan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 Business Accelerator, menawarkan latihan berfokuskan e-dagang dan perdagangan global, peluang bimbingan eksklusif dan pakej pemecu KUALA LUMPUR 1 Ogos 2024 – Pada acara pelancaran besar di Paris hari ini, Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, akan mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan kongsi e-dagang Olimpik dan Paralimpik pertama di seluruh dunia untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 BusinessAccelerator (“Business Accelerator”), iaitu suatu inisiatif yang diterajui IOC untuk menyokong atlet dengan peluang dwikerjaya dan peralihan kerjaya dengan memperkasakan mereka untuk menjadi usahawan. Alibaba.com menghubungkan pembeli dengan pembekal dari lebih 200 negara dan wilayah, sekali gus menawarkan perkhidmatan inovatif dan alatan perniagaan yang dipacu teknologi untuk membantu PKS memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Senario ini memudahkan perdagangan global untuk pembeli dan penjual, menawarkan peluang kepada semua bakal usahawan […]

trending_flat
Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul di Nak Cikit Picnic Space, Setia Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk menyertai program “Inisiatif Sejuta Harapan”. Program yang julung kali diadakan ini merupakan usaha proaktif NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri. Inisiatif ini timbul susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati bahawa sejuta rakyat Malaysia berusia lebih 15 tahun telah mengalami kemurungan. “Kami berharap lebih ramai yang berani tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan, seterusnya mampu memberi harapan kepada pejuang-pejuang yang mengalami kemurungan,” kata Syahida Zulkarnain, Pengasas dan Presiden NGO Empati. Syahida turut berkongsi tujuan penganjuran program antara lainnya adalah untuk menyediakan platform selamat untuk para peserta berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengharungi fasa kemurungan. “Melalui program ini juga para pejuang berpeluang untuk bersosial secara sihat, […]

trending_flat
Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8:00 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:00 pagi, 1 Ogos 2024Koordinat: 0.1° Selatan 123.2° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.8Jarak: 68km Selatan dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat
Program Festival Tarian Singa 2024 Semarakkan Industri Seni Budaya dan Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 (Bernama) - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salah satu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan […]

trending_flat
Kibarkan JALUR GEMILANG dengan semangat patriotisme dan bangga! – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang ditayangkan pada tahun 2022 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta dalam masa 40 hari tayangan dan filem ini merupakan antara salah satu filem Melayu terbaik yang telah dihasilkan. Semestinya pencapaian ini menjadi kebanggaan buat industri filem Malaysia yang sudah agak lama suram dan yang lebih membanggakan adalah filem ini telah berjaya membawa nama Mat Kilau dan ayahanda beliau, Tok Gajah ke hati rakyat Mal¬aysia tanpa mengira bangsa mahupun agama, terutamanya kepada anak-anak muda. Di kala pawagam-pawagam Malaysia kerap menayangkan filem-filem dari Barat yang sarat dengan pelbagai watak “hero khayalan” yang digilai oleh anak-anak Malaysia, pengenalan “hero original” yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia ini adalah amat menyegarkan dan membawa impak yang lebih mendalam kepada semua rakyat Malaysia. Jika sebelum ini anak-anak Malaysia lebih mengenali nama-nama tokoh-tokoh Barat dan asing yang sering dilaporkan oleh media […]

trending_flat
Toshiba Sales & Services Naik Taraf Bilik Pameran Terkini Beserta Pengumuman Kempen Beyond Details Beli & Menang Terbaru

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2024 – Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd. (“TSS”) sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Kempen Beyond Details Beli & Menang yang dinanti-nantikan, serentak dengan pelancaran besar bilik pamerannya yang baru diubah suai. Dengan pelaburan RM500,000, naik taraf bilik pameran itu mempamerkan dedikasi TSS untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang tinggi dengan kemudahan terkini. Pada majlis itu, Toshiba mengumumkan kempen terbaharunya, Beyond Details Beli & Menang dari 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025, dimana pemenang berpeluang untuk memenangi Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba. Pengurus Besar TSS, En. Desmond Chong berkata, “Kempen Beyond Details Beli & Menang kami adalah peluang yang mendebarkan untuk kami memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa yang telah menyokong kami selama ini.  TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation