LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas
PAHANG - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet Canseleri Kompleks Tun Abdul Razak UMPSA kampus Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah berlansung pada 11 Julai lepas. MOU telah ditandatangani oleh Encik Khairuzamri M Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Yang Berbahagia Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah. "LPNM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memajukan industri nanas negara. Peningkatan permintaan nanas dalam dan luar negara memberikan satu cabaran kepada kami untuk memastikan industri nanas Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dan memberikan impak yang baik kepada pengusaha, penjual dan pengguna akhir. Kerjasama ini membuka peluang besar bagi LPNM mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang penyelidikan dan teknologi pertanian. Melalui kerjasama ini, LPNM bakal […]