trending_flat

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 - Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan NegeriSembilan dan Melaka telah ditarik balik. Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), ia berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat. Pemantauan rapi DOF dan analisis makmal yang konsisten, keputusan ini diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan penurunan di bawah 400 ppb bagi sampel ke-15 . Dengan ini, aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa." kata DOF dalam satu kenyataan hari ini. Tambah DOF, orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut dari pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:28 pagi, 10 Ogos 2024Koordinat: 47.1° Utara 144.9° TimurLokasi: Laut OkhotskMagnitud: 6.1Jarak: 419km Timur Laut dari Asahikawa,JepunKedalaman: 412 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Mohd Zaid Othman, pengasas Lampu Cherita dan salah seorang daripada 17 Shopee Bintang
trending_flat

Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaannya yang lalu, Mohd Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019, beliau melancarkan Lampu Cherita, sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu. Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang diperlukan. Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang memperkasakannya dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya. Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori. Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee Xperts di mana sekumpulan pelatih sah […]

trending_flat

Hot hatch dipertingkat: Volkswagen Malaysia perkenal Golf GTI Edition 50 eksklusif

Harga cadangan RM267,990 bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) Dilengkapi secara eksklusif dengan kit badan Oettinger dan aksesori Edition 50 Dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf di Malaysia KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga cadangan (RRP) RM267,990. Harga RRP itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. GTI Edition 50 dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. Jentera itu dilengkapi pelbagai aksesori yang merangkumi kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI. Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition […]

trending_flat

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan bakal penuhi permintaan bakat AI

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI Education Hub) Pulau Pinang telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga universiti, pendidik, dan masyarakat umum. Menurut Chang Lih Kang, permintaan untuk kepakaran dalam bidang AI semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima daripada syarikat-syarikat teknologi global seperti Microsoft, NVIDIA dan ByteDance. Oleh yang demikian, hub itu bakal memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan bakat berkemahiran tinggi dalam industri teknologi khususnya dalam bidang AI. “Justeru, kami mensasarkan seramai 3000 peserta yang akan terlibat dalam inisiatif AI Education Hub menjelang tahun 2025. Saya yakin fasiliti yang tersedia akan mampu mempersiapkan bakat negara dalam memacu pembangunan teknologi AI, seterusnya menjadikan Malaysia […]

trending_flat

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim. Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak. “Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya. Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton […]

trending_flat

Toleransi, bukan normalisasi pluralisme agama

Oleh Mohammad Baihaqi Md Yusnan Malaysia sebuah negara berbilang kaum, bangsa, dan agama. Bertahun-tahun lamanya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sinergi yang harmoni antara setiap kaum, bangsa dan agama. Memasyarakatkan sikap saling hormat menghormati setiap adat dan tradisi rakyat Malaysia yang ada adalah kunci kepada keharmonian antara kaum di Malaysia. Tetapi, di dalam usaha menegakkan sikap terpuji ini, sebagai seorang Islam yang berpegang dengan rukun dan prinsip keIslaman yang dianuti, perlunya ada batas yang jelas yang tidak boleh dilanggar. Perlu diletakkan sebuah garisan halus antara toleransi dan pluralisme. Benar sekali, garisan itu perlu dilukis dan diwujudkan, tidak sesekali ia boleh diputuskan! Toleransi bukan bermaksud menerima bulat-bulat bahkan ia sebuah perasaan yang timbul dari sikap saling hormat menghormati dan dasar menegakkan keterbukaan dalam kalangan masyarakat atau entiti sosial. Ia juga membawa konotasi mempelajari sesuatu daripada perbezaan individu, atau di dalam konteks […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation