Kawallah penggunaan media sosial anak-anak
Oleh: Dr. Nor Hazrul bin Mohd. Salleh Dalam era digital yang semakin berkembang, media sosial telah menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian. Namun, akses tanpa kawalan kepada platform ini, terutamanya oleh kanak-kanak bawah umur, telah menimbulkan kebimbangan yang serius dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan pihak berkuasa. Cadangan untuk menghadkan penggunaan media sosial kepada golongan ini telah dibangkitkan dengan tujuan melindungi kesihatan mental, fizikal dan perkembangan sosial mereka. Banyak kesan negatif media sosial terhadap kanak-kanak. Antaranya adalah ketagihan, buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai dan tekanan sosial akibat perbandingan hidup yang sering tidak realistik. Kajian menunjukkan bahawa masa yang terlalu lama dihabiskan di media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak, seperti peningkatan risiko kemurungan, kegelisahan dan rasa rendah diri. Oleh itu, menghadkan penggunaan media sosial dapat membantu melindungi kesejahteraan mereka. Selain itu, langkah ini juga akan memperkukuhkan hubungan sosial […]